Video: Pelan Induk Perkapalan Malaysia Dirangka Bagi Merancak Industri Perkapalan Negara – Datuk Aziz Kaprawi - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Pelan Induk Perkapalan Malaysia yang dirangka bagi merancak industri perkapalan negara bakal dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata, pelan ini amat penting bagi penyelarasan sistem agar industri perkapalan negara terus dapat menyumbang kepada ekonomi negara.

“Ia turut melibatkan penyeragaman beberapa peraturan terutamanya yang melibatkan keselamatan kapal.

“Kita juga dah panggil beberapa pihak berkepentingan dalam industri ini untuk memberi input mereka,” katanya kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari Maritim Antarabangsa 2016 peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Dalam majlis sama, beliau turut menyampaikan enam anugerah kepada penerima yang telah memberi sumbangan dalam sektor maritim Malaysia.

Antara anugerah yang disampaikan beliau ialah Anugerah Ikon Maritim Kebangsaan yang diberikan kepada Leslie Eu Peng Meng atas sumbangnnya dalam bidang maritim.

Selain itu, beliau turut menyampaikan Anugerah Prestasi Cemerlang (Institut Latihan Maritim), Politeknik Ungku Omar, Anugerah Prestasi Cemerlang (Pembinaan Kapal), syarikat Muhibbah Marine Engineering Sdn Bhd, Anugerah Prestasi Cemerlang (Operator Pelabuhan) Northport Berhad dan Anugerah Prestasi Cemerlang (Syarikat Perkapalan), E.A. Technique (M) Berhad.

20161006-pelan-induk-perkapalan-aziz-kaprawi

UTAMAPOLITIKVideo: Pelan Induk Perkapalan Malaysia Dirangka Bagi Merancak Industri Perkapalan Negara -...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium