UtamaPOLITIKPRU-14: Gerakan umum awal...

PRU-14: Gerakan umum awal lima calon bagi Selangor - pakdin.my

PARLIMEN:
Pengerusi Gerakan Selangor, Datuk David Ang Chin Tat (Puchong)

DUN:
Naib Presiden, Datuk A Kohilan Pillay (Kota Alam Shah)
Timbalan Speaker, Syed Abdul Razak Syed Long (Bukit Lanjan);
Setiausaha Organisasi Pemuda, Ben Liew Pok Boon (Teratai);
Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda, Chai Ko Thing (Bukit Gasing).

20161009-mah-siew-kong-gerakan-selangor

KUALA LUMPUR: Gerakan hari ini memperkenalkan 5 individu yang bakal diketengahkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Selangor bagi memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian sejak awal.

Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, strategi kali pertama yang dilakukan Gerakan itu akan membolehkan rakyat menilai dengan teliti dan memberi peluang kepada calon yang juga penyelaras parti bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi itu berkata, mereka akan melalui tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebelum nama dihantar kepada pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Kami harap sebelum bulan depan kami dapat hantar biodata dan profil calon kepada SPRM supaya boleh semak untuk dapat pelepasan jika terdapat masalah yang mungkin kita tidak tahu,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-45 Gerakan, hari ini.

Lima calon yang diperkenalkan hari ini, termasuk Pengerusi Gerakan Selangor, Datuk David Ang Chin Tat bagi kerusi Parlimen Puchong.

Selain itu, bagi kerusi DUN, Naib Presiden Gerakan, Datuk A Kohilan Pillay diletakkan di Kota Alam Shah; Timbalan Speaker, Syed Abdul Razak Syed Long (Bukit Lanjan); Setiausaha Organisasi Pemuda, Ben Liew Pok Boon (Teratai) serta Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda, Chai Ko Thing (Bukit Gasing).

Mah yang juga ahli Parlimen Teluk Intan berkata, 5 kerusi itu diperuntukkan kepada Gerakan bagi Selangor, kecuali kerusi DUN Kota Shah Alam yang dipinjamkan kepada MyPPP bagi PRU ke-13 lalu.

Mah berkata, dengan pengumuman itu, beliau berharap pembangkang turut dapat melakukan perkara sama supaya rakyat boleh membandingkan calon diketengahkan kedua-dua pihak.

Mengenai calon di kawasan lain, Mah berkata, Gerakan sedang berbincang dengan MCA bagi memohon pertukaran kerusi DUN Tanah Rata di Pahang yang ditandingi Gerakan dengan DUN Ketari yang ditandingi MCA pada PRU13.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...