Pengguna dinasihat jangan guna telefon bimbit semasa dicas

Pengguna dinasihat jangan guna telefon bimbit semasa dicas

SHAH ALAM: Suruhanjaya Tenaga (ST) sekali lagi menasihati pengguna supaya tidak menggunakan telefon bimbit semasa ia sedang dicas kerana ia mengundang bahaya termasuk berlakunya renjatan elektrik.

Pengarah Kawal Selia Keselamatan Elektrik suruhanjaya itu, Mohd. Elmi Anas berkata, semasa telefon dicas, kebocoran arus elektrik akan berlaku sekiranya adanya kerosakan pada alat pengecas.

“Menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas, lebih-lebih lagi dengan alat pengecas tidak tulen, boleh membahayakan pengguna ekoran renjatan yang terhasil daripada kebocoran elektrik pengecas tersebut.

“Selain itu, pengguna perlu memastikan mereka membeli alat pengecas tulen yang mempunyai label SIRIM-ST atau yang dibekalkan bersama telefon bimbit,” katanya selepas merasmikan Bengkel Garis Panduan dan Teknik Mengenal Pasti Kabel dan Kelengkapan Elektrik Substandard di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang suri rumah maut di kediamannnya di Cheras, Kuala Lumpur ketika menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas dengan alat pengecas tidak tulen akibat renjatan daripada kebocoran elektrik pengecas itu.

samsung-galaxy-note7-meletup.jpg

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Vivo Y33s ada keupayaan meluaskan RAM sehingga 12GB

Samsung Galaxy M32 5G diperkenal, tiada beza dengan Galaxy A32 5G

Huawei Nova 8 dengan skrin melengkung 90Hz akan dilancar di Malaysia

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami