Kementerian Kerja Raya Nafi Kenaikan Kadar Tol

Kementerian Kerja Raya Nafi Kenaikan Kadar Tol

20161015-fitnah-kenaikan-tol

KUALA LUMPUR: Laporan mengenai kenaikan kadar tol yang tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp adalah palsu, menurut Kementerian Kerja Raya.

Dalam kenyataan Jumaat malam, kementerian itu berkata laporan yang diviralkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu adalah berita lama dan telah dikitar semula.

“Ini jelas apabila laporan berkenaan memetik tarikh dan hari yang salah dengan menyebut kenaikan tol kononnya akan berkuat kuasa pada Isnin 16 November, padahal 16 November 2016 jatuh pada hari Rabu,” kata kenyataan itu.

Kementerian itu menegaskan bahawa sehingga kini belum ada sebarang keputusan mengenai kenaikan kadar tol.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Viral Palsu: Batahan Kenaikan Harga Minyak Di Jerman – MahaCai Pakatan Macam Zombie

VIRAL PALSU BUNUH DAPATKAN ORGAN: DUA INDIVIDU SERAH DIRI

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami