Video: Kes Tikam Di Kompleks Sri Iman: Maut Di Tangan Bakal Adik Ipar

20161016-tikam-wisma-darul-iman

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki berumur 34 tahun ditemui mati oleh orang ramai bersama enam tikaman di tempat letak kereta pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) di sini pagi Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata siasatan awal mendapati mangsa Mohd Sukri Hussin ditikam oleh suspek yang juga bakal adik iparnya menggunakan pisau dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Kita mendapat maklumat orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 11.36 pagi. Melalui siasatan awal, suspek yang berumur 29 tahun hadir ke pejabat Maidam bersama keluarganya untuk menyemak status perkahwinannya yang berasal dari Kuala Terengganu.

“Setelah disemak, suspek didapati telah berkahwin. Bagaimana pun suspek mendakwa dia masih bujang kepada keluarga mangsa dan berlakulah pertengkaran dan pergelutan antara suspek dan mangsa yang merupakan abang kepada bakal isteri suspek,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Wan Abdul Aziz berkata dalam pertengkaran itu suspek dipercayai mengeluarkan pisau sepanjang enam inci lalu menikam sebanyak enam kali terhadap mangsa yang  dua darinya di leher dan dada kiri sehingga membawa kematian kepada mangsa.

“Suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta dengan bantuan dua orang rakannya. Suspek turut mengacu kepada pengawal keselamatan yang menjaga pagar utama pejabat Maidam dengan menggunakan pisau yang sama.

“Polis kini sedang melancarkan gerakan memburu suspek dan dua lagi rakannya dengan melakukan Ops Tutup dan kita percaya suspek dan rakan subahatnya masih berada dalam negeri ini,” katanya.

Katanya pihaknya turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti suspek dan rakan-rakannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu pengawal keselamatan tersebut Mohd Suffian Yusof, 23, berkata dia sedang menutup palang pagar utama apabila suspek tiba-tiba datang sambil mengacukan pisau dan berkata: “Saya tak nak kacau orang.

“Suspek kemudian membuka sendiri palang dan terus memecut keretanya. Saya sebelum itu tidak tahu telah berlaku kes bunuh. Saya ingatkan ada kes curi kereta,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...