Video: Kes campak ular selesai, murid terlibat kata seronok

Video: Kes campak ular selesai, murid terlibat kata seronok

KUALA KANGSAR – Kes seorang pembantu jurulatih Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mencampak seekor ular sawa ketika latihan jati diri yang disertai murid Sekolah Kebangsaan Beluru dekat sini baru-baru ini selesai cara baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tiada aduan atau pandangan negatif daripada ibu bapa murid terlibat terhadap kes tersebut.

Menurutnya, semua tindakan yang perlu termasuk menggantung pembantu jurulatih APM yang mencampakkan ular juga sudah diambil.

“Titik penyelesaian sudah dicapai dengan semua pihak. Tidak berlaku tuduh-menuduh di antara ibu bapa dan pihak sekolah dengan APM berhubung kes ini.

“Pandangan-pandangan negatif hanyalah di media sosial. Pihak sekolah dan masyarakat di sini menjalani kehidupan seperti biasa, malah anak-anak mereka majoritinya gembira kerana dapat menyertai kegiatan kokurikulum tersebut bersama APM,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan murid yang terlibat dalam program jati diri dengan APM, guru dan pemimpin tempatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Beluru di sini hari ini.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Warga emas maut ketika luncur udara

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

Lebih 10 kampung di 4 daerah di Kedah dilanda banjir kilat

Anggota APM mogok kerana elaun disekat?

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami