UtamaPOLITIK#Bajet 2017: Wan Azizah...

#Bajet 2017: Wan Azizah Dalam Bahas Bajet Pun Cakap Pasal Anwar - pakdin.my

Selangor merupakan negeri di bawah pentadbiran pembangkang, namun Najib bersifat profesional dengan lebih mengutamakan rakyat daripada isu politik dalaman dengan membina Pusat Transformasi Bandar (UTC) di negeri tersebut.

Ada disebut oleh wakil pembangkang dari Selangor dalam perbahasan di parlimen?

Tu sebabnya bila dibentang tido dan main gadget. Lepas tu buat sarkis dan keluar dewan.

Ahli Parlimen pembangkang sepatutnya mendengar dengan teliti pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Jumaat lalu supaya dapat berbahas dengan hujah yang relevan.

Namun, tindakan awal mereka keluar Dewan Rakyat Jumaat lalu menyebabkan Ketua Pembangkang hari ini berhujah mendakwa bajet dibentang Datuk Seri Najib Tun Razak sesuatu yang negatif.

wan jijahLebih malang, sudah lama sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan dua kali jadi ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya membaca teks yang disediakan seolah-olah tidak tahu apa sebenarnya yang ingin disampaikan.

Ketika membahaskan Bajet 2017, beliau seringkali hanya mengungkapkan bahawa bajet itu adalah gula-gula untuk rakyat dan ia menjadi habuan dalam tempoh yang singkat.

Beliau juga menuduh bajet itu bukan menunjukkan yang kerajaan berkhidmat untuk rakyat, tetapi bajet yang penuh helah untuk menipu rakyat.

Hujah itu sekaligus bercanggah dengan apa yang disampaikan Perdana Menteri Sebelum ini dimana Bajet 2017 yang dibentangkan itu sebenarnya bersifat holistik dan komprehensif terhadap kepentingan rakyat.

Contohnya, meskipun Selangor merupakan negeri di bawah pentadbiran pembangkang, namun Najib bersifat profesional dengan lebih mengutamakan rakyat daripada isu politik dalaman dengan membina Pusat Transformasi Bandar (UTC) di negeri tersebut.

Namun perkara itu tidak langsung dinyatakan oleh Wan Azizah sepanjang perbahasan beliau lebih 90 minit.

mo1Beliau dalam masa yang sama turut mengambil kesempatan dengan mempersoal berkali-kali mengapa kerajaan tidak menjawab soalan berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Jabatan Peguam Negara Amerika (DOJ) ketika membentangkan bajet tersebut.

Wan Azizah patut sedar yang kedua-dua isu tersebut tidak berkaitan dengan bajet namun beliau tetap cuba untuk mengelirukan Dewan.

Katanya, Perdana Menteri cuba mengelak persoalan asal dan tidak menjelaskan isu tersebut dalam pembentangan Bajet 2017.

Selain itu, beliau turut menyifatkan seolah-olah yang Najib adalah Perdana Menteri kejam kerana memaksa rakyat mengikat perut supaya berjimat cermat serta digalakkan membut perkhidmatan UBER bagi menambah pendapatan.

Isu suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut tidak ketinggalan dalam intipati perbahasannya dengan mendakwa suaminya telah menjadi mangsa tahanan politik akibat kerakusan kerajaan.

Namun ketika Ahli Parlimen Bagan Serai, Noor Azmi Ghazali cuba mencelah, Wan Azizah tidak memberikan laluan kepadanya, bagaimanapun membenarkan kroninya, Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Abdullah Sani mencelah.

Ini jelas memperlihat yang Wan Azizah hanya berani berhujah menggunakan teks yang disediakan namun pengecut untuk menjawab soalan-soalan dari pihak kerajaan.

20161021-bajet-2017-sarkis-pakatan-pembangkang-703890

Berkaitan

Baca Juga

Kanak-kanak berusia 3 tahun di Wilayah Patani, Thailand dilaporkan dibawa ke hospital selepas makan brownies ganja

Siaran Facebook mendakwa bahawa seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di wilayah Pattani, Selatan Thailand dibawa ke hospital selepas dipercayai memakan brownies ganja. Hantaran itu...

[VIDEO] Pemberontak BRN mengakui bertanggungjawab pengeboman di Selatan Thailand

Kumpulan pemberontak Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) mengumumkan di laman Facebooknya bahawa mereka bertanggung jawab dalam siri letupan bom minggu ini di wilayah...

Di Mahkamah Persekutuan Hari ini 18 Ogos 2022

Ketua pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Hisyam Teh memohon menarik diri. Tengku Maimun berkata, mahkamah tidak ada sebarang alasan untuk menyemak keputusan sebelum...

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...