Video: Enam Dipercayai Maut Dalam Kebakaran Hospital Sultanah Aminah JB - pakdin.my


JOHOR BARU: Enam pesakit terkorban dalam kebakaran yang berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah di sini, pagi Selasa.

Ratusan pesakit lagi dipindahkan ke wad lain susulan kejadian itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan menerusi tweet mengenai tujuh orang terperangkap dalam bangunan dan enam daripadannya telah terkorban.

Seorang mangsa yang terperangkap dapat menyelamatkan diri.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.

“Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali,” katanya.

Othman berkata bagaimanapun kebakaran tidak merebak ke tempat lain.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Johor Baru (Selatan), Assisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa adalah pesakit di ICU yang terletak di tingkat dua bangunan utama hospital itu.

“Lima mayat dijumpai kira 11.15 pagi manakala seorang lagi sebentar tadi,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sebarang maklumat yang tidak sahih mengenai kejadian itu.kiranya tiada katil sekali,” katanya.

Difahamkan pesakit di wad bersalin termasuk yang baru melahirkan telah dipindahkan ke kawasan selamat.

UTAMABERITAVideo: Enam Dipercayai Maut Dalam Kebakaran Hospital Sultanah Aminah JB

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium