UtamaPOLITIK Muhyiddin: Sudah Gaharu,...

[Video] Muhyiddin: Sudah Gaharu, Cendana Pula - pakdin.my

Pada bulan Mac lalu, satu rakaman audio mengandungi suara Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakui mengetahui siapa yang terlibat dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah tersebar luas.

Dalam rakaman audio itu, beliau yang ketika itu masih menjadi Timbalan Perdana Menteri berulangkali menafikan pembabitannya dalam konspirasi terbabit dan menyatakan beliau bukannya seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bangun memberontak tatkala disingkirkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu.

“Tidak, saya bukan sebahagian daripada ini” katanya ketika menafikan terlibat dalam komplot berkenaan.

Dan dalam rakaman itu juga, Muhyiddin memberitahu sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 2009, beliau tidak pernah bersuara mengenai dana khas.

Ini kerana katanya, beliau tahu bahawa dana khas itu diuruskan oleh presiden parti sendiri.

Kini rakaman audio itu, yang dikatakan dirakam dalam mesyuarat Majlis Tertinggi kembali tersebar dan ada baiknya pun ia disebarkan bagi mendedahkan siapa sebenarnya Muhyiddin Yassin ini iaitu individu yang tidak setia kepada parti dan kerajaan.

Segala tembelang beliau telah pecah dan kita dapat melihat bagaimana beliau sanggup menjilat ludahnya apabila berbaik dengan Anwar hingga ke tahap sanggup melawat Anwar di dalam mahkamah dengan alasan, memberikan sokongan.

Walaupun ketika Muhyiddin digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dipecat daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO telah mencetuskan kekecohan ketika itu, namun nasib baik Perdana Menteri mengambil tindakan sedemikian rupa.

Bayangkan jika orang seperti ini, yang `cakap tidak serupa bikin’ dibiarkan dalam Kabinet dan UMNO, apa akan berlaku kepada negara ini.

Memang beliau  `cakap tidak serupa bikin’. Dalam rakaman audio berkenaan, Muhyiddin dengan jelas menyatakan bahawa beliau mengetahui mengenai dana khas iaitu derma sebanyak RM2.6 bilion itu.

“Saya jadi TPM 2009 sampai sekarang, tidak pernah bersuara dana khas sebab saya tahu dana khas diuruskan oleh presiden sendiri,” katanya dalam rakaman berkenaan.

Tetapi malangnya, isu RM2.6 bilion inilah yang dimainkannya berulang kali umpama radio buruk, yang jika disimpan hanya menyemakkan rumah semata-mata, jadi eloklah dibuang sahaja.

Beliau sebenarnya tahu mengenai dana khas terbabit tetapi bagi memastikan imej Perdana Menteri menjadi buruk, maka Muhyiddin telah mencanang dan menjaja keburukan Najib dengan mengaitkan beliau dalam isu derma tersebut. Hakikatnya kita tahu bahawa siasatan yang dijalankan menjelaskan bahawa Najib adalah bersih.

Lebih malang apabila Muhyiddin sanggup membuat pusingan 360 darjah dan bersekongkol dengan pembangkang termasuk Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim, iaitu antara pemimpin pembangkang yang pernah dikecamnya ketika beliau masih berada di dalam kerajaan,

Selama ini Kit Siang dan DAP serta PKR menjadi `peluru’ kepada Muhyiddin untuk mendapatkan sokongan orang Melayu tetapi kini beliau menjadikan mereka itu sebagai rakan malah turut sama keluar dari Parlimen ketika Perdana Menteri membentangkan bajet 2017, minggu lepas.

Melalui pendedahan demi pendedahan ini, meskipun terpaksa menyelongkar semula cerita lama mengenai Muhyiddin, maka ambillah peluang ini untuk menilai siapakah Muhyiddin ini. Janganlah menyokongnya membabi buta tanpa melihat kepada sejarah silamnya.

Apa yang pasti, masa depan politik Muhyiddin kini bergantung kepada Anwar, yang kini telah berbaik semula dengan Tun Mahathir.

Muhyiddin ibarat sudah tahu bertanya pula. Samalah perangainya dengan Husni. Sudah menjawab bertanya pula.

Perangai sudah gaharu cendana pula ini perlu dielak oleh orang parti, masyarakat dan rakyat. Mereka sedang mempertikai perkara yang sebenarnya mereka dah tahu.

Apa sebabnya mereka terus pertikai? Sebab mahu kuasa, dendam dan perasaan tidak puas hati.

Atas alasan ini mereka sanggup buat apa sahaja meskipun berkawan dengan bapa rasis untuk mencapai matlamat politik itu.

20161027-muhyiddin-komplot-mt-umno

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...