UtamaEKONOMITN2050 Akan Corak Wajah...

TN2050 Akan Corak Wajah Malaysia 30 Tahun Akan Datang - pakdin.my

Semua Perdana Menteri ada perancangan nya sendiri.

Apa apa pun perancangan yang dibuat semestinya bukan untuk diri sendiri dan membina legasi.

Perancangan itu untuk kebaikan rakyat yang dipimpinnya dan juga negaranya.

Tuanku Abdul Rahman lebih rela meneruskan penubuhan Persekutuan Malaysia tanpa kemasukan wilayah Brunei pada masa itu.

Hubungan dengan Brunei tetap diteruskan dengan baik biarpun Brunei tidak menyertai Persekutuan Malaysia.

Begitu juga dengan keluarnya Singapura daripada Persekutuan Malaysia pada 1963. Tentu sekali Perdana Menteri pada waktu itu sudah ada perkiraanya sendiri.

Jadi wawasan Tunku Abdul Rahman adalah untuk masa depan negara.

Begitu juga Tun Abdul Razak dengan rancangan Dasar Ekonomi Baru yang turut ada penubuhan FELDA , ia dinamakan “Dasar Ekonomi Baru” kerana ia “baru” ketika dibentuk, tetapi setelah sekian lama ia menjadi tidak baru dan kemudian diolah semula oleh anaknya Dato Sri Najib Razak sendiri dengan penambahbaikan.

Memperkasakan bumiputera dengan cara lain.

Tun Razak tidak hidup lama untuk melihat hasil tuai DEB nya , kerana telah kembali kepangkuan Allah SWT

Nyata sekali dasar yang dibentuknya adalah untuk bangsa dan negara dan bukan untuk faedah dan kebanggaan legasinya.

Tun Hussein Onn, Tun Mahathir dan Tun Abdullah juga mempunyai perkiraan mereka sendiri pada zaman mereka.

Ini sama juga dengan Wawasan 2020 oleh Tun Mahathir. Visi yang dilakarkan olehnya sekitar tahun 1990 untuk masa depan negara. Nampak gaya dalam masa 4 tahun lagi kita akan menyambut nya.

Atas sebab tahun 2020 sudah hampir , apa akan jadi kepada negara selepas tahun 2020?

Atas sebab yang sama Dato Sri Najib dalam bajetnya mengisytiharkan Transformasi Nasional 2050 atau singkatnya TN50.

Ini adalah visi baru negara selepas tahun 2020 untuk terus pemacuan negara kearah negara berpendapatan tinggi serta berstatus negara maju.

Pada pembentangan bajet 2017 Dato Sri Najib telah berucap :

“TN50, inilah azimat kita mulai kini. Biarlah legasi lama berlalu pergi. Harapan masa depan Malaysia kita baharui.

“Biarlah TN50 jadi saksi, kita adalah bapa atau nenek moyang yang bertanggungjawab mewariskan (masa depan) yang terbaik dan terhebat kepada generasi hari muka (akan datang),

Maka seperti seorang yang menanam pokok durian dan tidak pernah memikirkan dia sendiri sempat merasai hasil tanamannya , begitu juga
lah Perdana Menteri Dato Sri Najib.

Dato Sri Najib juga sempat berkata “biarlah legasi lama berlalu pergi”.

Bermaksud yang lepas itu kita iktibarkan dan yang baru kita lakarkan.

TN50 adalah untuk generasi masa depan, ia di bentuk hari ini untuk generasi masa depan.

Dalam mahu menjayakan wajah baru negara pada 2050.

Maka Kementerian Belia dan Sukan telah di amanahkan untuk menjadi platform menjayakan TN50.

Pihak Kementerian Belia dan Sukan dikatakan akan melaksanakan tiga fasa demi menyediakan kehendak dan pengisian memenuhi TN50 ini.

Fasa pertama iaitu 2016-2020 adalah fasa perancangan. Fasa seterusnya iaitu 2020-2030 adalah fasa perlaksanan. Fasa terakhir pada 2050 adalah wajah baru Malaysia pada waktu itu.

Sudah tentu Perdana Menteri selepas 2050 akan mempunyai visi dan perancangan yang lain pula untuk negara ini. Mungkin “Malaysia 2100” akan dilancarkan pada 2050 nanti.

Inilah yang telah dilakukan oleh Dato Sri Najib. Meneruskan misi dan tradisi kepimpinan terdahulu.

Sambil itu pelbagai pihak juga mahu memastikan golongan sasaran yang akan menyambut tahun 2050 memahami maksud Transformasi Nasional 2050 ini.

MCA misalnya sedang menyediakan sayap Pemudanya untuk mengadakan siri dailog bersama generasi sasaran demi mendapat “feedback” dan input bagi meyokong pengisian apa yang dikehendaki oleh generasi sasaran demi menyambut TN50 ini.

Pemimpin yang baik adalah yang memiliki visi masa depan rakyat yang dipimpinnya.

Maka nyata sekali apa yang diumumkan oleh Dato Sri Najib adalah landasan baru negara untuk menghadapi cabaran masa depan dan ia harus dirancang hari ini walaupun sambutan adalah untuk 3 dekad lagi.

TN2050 bakal melakar wajah baru Malaysia 30 tahun lagi. Bersamalah kita jayakan misi nasional ini demi negara tercinta kita.

20161028-najib-razak-bajet-2017-tn50

Berkaitan

Baca Juga

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU