BAJET SELANGOR TIRU BAJET 2017 KERAJAAN PUSAT, KATA ADUN BN @MatNadzari - pakdin.my

Pemimpin Barisan Nasional (BN) menyifatkan Bajet Selangor 2017 dibentangkan semalam itu hanya meniru apa yang dibentangkan dalam bajet kerajaan pusat pada 21 Oktober lalu.

Penyelaras Adun BN Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata Selangor menyatakan bajet negeri itu hanya ingin memperbaiki apa yang dilaksanakan kerajaan pusat.

“Bagi pihak Adun BN, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kerajaan negeri yang belajar dan menyalin inisiatif kerajaan persekutuan.

“Dasar baik kerajaan persekutuan dan perbelanjaan berjimat cermat melalui belanjawan negara yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seolah-olah baik dan ditiru kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Bajet Selangor 2017 di Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.

Sementara itu, Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh berkata sikap Nadzari itu menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan Adun lain sehingga mereka meminta penjelasan terhadap tuduhan yang dibuat.

“Saya harap setiap Adun berani mengambil tanggungjawab ke atas setiap apa yang diucapkan di Dewan ini. Adun lain juga tidak faham sebab itulah mereka minta penjelasan,” kata Hannah pada hari kedua persidangan ini.

Terdahulu, sesi perbahasan itu gamat apabila Nadzari beberapa kali mendakwa belanjawan Selangor meniru belanjawan kerajaan persekutuan dalam melaksanakan skim sewa beli perumahan.

Tindakan Nadzari itu menyebabkan beberapa Adun tidak berpuas hati dan berdiri meminta beliau memberikan penjelasan terhadap tuduhannya.

Bagaimanapun Nadzari enggan memberi laluan kepada Adun lain yang ingin mencelah bagi memohon penjelasannya.

Adun Kampung Tunku Lau Weng San ketika mencelah sempat memberitahu Dewan yang kerajaan negeri sudah melaksanakan skim sewa beli dinamakan Skim Dana-Sel untuk golongan kurang berkemampuan menyediakan wang pendahuluan membeli rumah sejak 2016 lagi.

“Dasar baik kerajaan persekutuan dan perbelanjaan berjimat cermat melalui belanjawan negara yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seolah-olah baik dan ditiru kerajaan negeri,”
“Dasar baik kerajaan persekutuan dan perbelanjaan berjimat cermat melalui belanjawan negara yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seolah-olah baik dan ditiru kerajaan negeri,”
UTAMAPOLITIKBAJET SELANGOR TIRU BAJET 2017 KERAJAAN PUSAT, KATA ADUN BN @MatNadzari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium