Thursday, February 29, 2024

LAWAN ISLAMOPHOBIA ANTARA MATLAMAT SOROS PERUNTUK RM54 BILION- pakdin.my

Laman web Open Society Foundations menunjukkan ia terlibat dalam pelbagai aktiviti, termasuk memperkasakan masyarakat melalui program pendidikan dan kesihatan awam.

Lawan Islamophobia antara matlamat Soros peruntuk RM54 bilion

Open Society Foundations (OSF) yang diketuai hartawan terkemuka George Soros setakat ini membelanjakan lebih AS$13 bilion (RM54.4 bilion) dalam pelbagai aktiviti di banyak negara.

Jumlah bajet OSF bagi 2016 adalah AS$930.7 juta, menurut maklumat di laman webnya.

Semua maklumat yang diberikan seolah-olah menunjukkan OSF memberikan geran untuk projek dan program yang memberi manfaat kepada masyarakat, termasuk memberi peluang pendidikan kepada pelarian Syria dan memerangi Islamophobia.

Ia bukan sahaja terlibat dalam mempromosikan hak asasi manusia dan tadbir urus tetapi juga dalam memastikan pendidikan lebih baik dan kesihatan awam, serta peluang pekerjaan kepada golongan belia untuk memajukan diri.

Laman web ini mengandungi gambar-gambar projek yang dilaksanakan dan temu bual dengan penerima geran OSF.

Sesuai dengan namanya, OSF berkata misinya adalah “untuk bekerja membina masyarakat yang berkeperibadian dan toleran yang seharusnya menjadi tangggungjawab kerajaan dan terbuka kepada penyertaan semua orang.”

George Soros ialah pengasas dan pengerusi Open Society – rangkaian yayasan, rakan kongsi, dan projek-projek di lebih 100 buah negara.

Laman web itu berkata, sikap dermawan Soros bermula pada 1979 dengan memberi biasiswa kepada penduduk kulit hitam Afrika Selatan di bawah apartheid.

Dari situ, beliau beransur-ansur memperluaskan kerja kebajikannya kepada kawasan yang dinaunginya sekarang.

OSF membiayai pelbagai program di seluruh dunia, daripada hak asasi manusia, kesihatan awam, pendidikan dan sehingga ke aspek pembangunan perniagaan.

Ia juga turut menaja media. Ia berkata: “Kebebasan dan mandiri media adalah penting bagi mana-mana demokrasi, memastikan akauntabiliti kerajaan dan kepelbagaian pandangan.

Usaha sokongan OSF ini yang mengembang dan melindungi kebebasan akhbar, meningkatkan akses awam terhadap pengetahuan dan maklumat, termasuk suara-suara minoriti dalam media, dan menggunakan seni untuk menangani isu mendesak sosial.”

Daripada AS$13 bilion yang dibelanjakan sejak lebih 3 dekad lalu, AS$1.6 bilion digunakan untuk “pembangunan demokrasi di negara-negara Eropah Timur dan bekas Kesatuan Soviet”, menurut laman web OSF.

Sebanyak AS$737 juta pula dibelanjakan untuk isu-isu kesihatan awam seperti HIV dan AIDS, TB, penjagaan paliatif, pengurangan kemudaratan dan hak pesakit; AS$214. juta bagi memerangi diskriminasi dan memajukan hak-hak masyarakat Roma di Eropah; dan AS$2.1 bilion untuk projek-projek pendidikan yang terdiri daripada pendidikan prasekolah hingga pembaharuan pendidikan tinggi.

Antara projek-projek yang dibiayai OSF tahun ini adalah menyokong universiti menyediakan pendidikan tinggi kepada pelarian Syria di Eropah.

Tahun lepas, OSF mempunyai program menangani Islamophobia dan diskriminasi terhadap umat Islam di Eropah, menurut laman web itu.

Menyedari peningkatan diskriminasi dan xenofobia disebarkan di Eropah Barat, laman web OSF berkata: “Sikap, tingkah laku dan dasar menguatkan satu sama lain. Ada yang mengambil kesempatan daripada krisis ekonomi dan pendatang atau agama dan etnik minoriti, khususnya Roma dan umat Islam yang digunakan, sebagai kambing hitam. ”

Ia berkata: “Open Society mahu menangani punca dan manifestasi sikap tidak bertoleransi berdasarkan bias etnik atau agama. Kami berhasrat untuk mengurangkan tingkah laku diskriminasi, bagi menjamin dasar tanpa diskriminasi dan untuk memastikan konsensus sosial dan budaya di mana pandangan dan amalan perkauman atau diskriminasi tidak boleh diterima.

“Oleh itu matlamat yang bersifat menyeluruh ini bertujuan menangani diskriminasi struktur yang melibatkan orang Islam dan kesannya ke atas masyarakat lebih besar”.

Pada tahun lalu juga, ia mempunyai Dasar Inisiatif Serantau di Afghanistan dan Pakistan yang bertujuan “membawa suara dan perspektif baru kepada wacana awam dan menyumbang kepada lebih pemahaman berkenaan pencabulan hak asasi manusia yang memberi kesan kepada masyarakat di Afghanistan dan Pakistan”.

Ia juga melaksanakan program menangani penagihan dadah di Baltimore, Amerika Syarikat.

Sebahagian besar geran yang diberikan kepada organisasi, dan cara OSF mendekati kebanyakan pertubuhan ini adalah secara langsung. Ia menawarkan mereka memohon geran atau cadangan, menurut laman web OSF.

UtamaPOLITIKLAWAN ISLAMOPHOBIA ANTARA MATLAMAT SOROS PERUNTUK RM54 BILION

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR