BERITAEKONOMIMALAYSIA MAHU CHINA JADIKAN MINYAK SAWIT IMPORT MINYAK MAKAN TERBESAR

MALAYSIA MAHU CHINA JADIKAN MINYAK SAWIT IMPORT MINYAK MAKAN TERBESAR

BEIJING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu China kembali menjadikan minyak sawit Malaysia sebagai import minyak makan terbesar negara itu.
itu dibangkitkan dalam pertemuannya dengan Presiden Xi Jinping ketika mesyuarat delegasi di rumah tetamu kerajaan di Diaoyutai, di sini hari ini.

Menurut Najib, Xi menyambut baik cadangan itu dan beliau yakin langkah itu akan membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil yang terjejas berikutan penurunan permintaan minyak sawit kebelakangan ini.

Selasa lepas, Najib turut membangkitkan mengenai penurunan import minyak sawit dari China semasa mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya, Li Keqiang.

Import minyak sawit Malaysia oleh China merosot kira-kira 50 peratus pada Januari-Jun 2016 berbanding tempoh yang sama pada 2015, kemungkinan disebabkan beberapa laporan negatif dan salah tanggapan mengenai nilai pemakanan minyak sawit.

Namun, pelbagai penyelidikan, termasuk yang dilakukan China menunjukkan minyak sawit adalah makanan yang berkhasiat.

Malaysia sebelum ini menjadi pengeksport minyak makan terbesar ke China, namun kini berada di belakang Indonesia dan Kesatuan Eropah.

20161103-mesyuarat-delegasi-china-najib-razak

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Solidariti Rohingya bukan bermaksud buka pintu Malaysia kepada pelarian

Analisis Impak Inflasi Makanan terhadap B40 (Mei 2026)

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami