Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKBERSIH 5 BUDAYA SESAT?

BERSIH 5 BUDAYA SESAT? - pakdin.my

TINDAKAN beberapa kuasa asing cuba menganggu urusan negara kita merupakan perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.

Namun usaha ini hanya ‘bertepuk sebelah tangan’ sekiranya tiada individu atau mana-mana pihak dalam negara yang bekerjasama dengan mereka bagi menghancurkan negara.

Inilah yang berlaku dalam negara kita melalui gerakan BERSIH yang dipelopori oleh pemimpin pembangkang, termasuklah bekas pemimpin negara.

Apa yang dilakukan oleh BERSIH ini telah mendapat kritikan hebat dari mereka yang menyedari akan bahayanya terhadap kedaulatan dan keselamatan negara.

Terbaru, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mula berasa kecewa dengan pemimpin terdahulu yang mengibaratkannya seperti “kacang lupakan kulit” kerana pemimpin yang telah diberi kuasa menjadi semakin tamak dan inginkan kuasa lebih besar sehingga sanggup menghapuskan hak orang yang memberinya kuasa dahulu.

Mesej titah dari Sultan Ibrahim, mana-mana rakyat yang tidak berpuas hati dengan kerajaan, perasaan itu wajarlah disalurkan melalui wakil rakyat yang dipilih.

Gerakan BERSIH yang menggunakan demonstrasi jalanan ini menyaksikan rakyat berkumpul di tempat awam dengan membawa sepanduk, poster dan melakukan pelbagai aksi jijik menghina pemimpin.

Ini bukanlah tabiat orang Malaysia, malah hanya akan menimbulkan kebencian dan perpecahan dalam masyarakat.

Atas dasar ini, Baginda melahirkan rasa tidak fahamnya kepada masyarakat di negara ini yang amat mudah terpedaya dengan budaya luar yang menghasut untuk menjatuhkan kerajaan.

Merujuk kepada titah baginda, situasi yang sedang dicetuskan oleh kuasa asing melalui beberapa NGO dan parti politik negara ini adalah sebuah ‘virus’ kepada perpecahan rakyat.

Bilamana rakyat terpedaya dengan propaganda pihak ini dan dijangkiti virus itu, usaha untuk memperbaiki kembali mentaliti mereka amatlah sukar, titah baginda lagi.

Kesukaran ini disebabkan oleh rakyat yang telah dihasut untuk membenci kerajaan walaupun pada perkara-perkara yang tidak benar.

Baginda menambah lagi, mereka yang terhasut dengan dakyah ini tidak mempedulikan kebaikan-kebaikan yang dibuat kerajaan.

Sekaligus, apa yang dibawa oleh BERSIH ini hanyalah sebuah budaya sesat kerana tidak memperkatakan perkara yang sebenarnya.

bersih4-mahathir-1998

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674