MARIA CHIN DITAHAN DIBAWAH SOSMA: MENGAPA PEGUAM NEGARA DAN KETUA POLIS MEMBISU? - pakdin.my

Sangat luar biasa mengapa Maria Chin dikenakan tahanan SOSMA sedangkan semua orang lain yang ditahan sudah keluar.

20161123-maria-chin-sosma-alat-osf-sorosKemungkinan ia adalah disebabkan oleh siasatan berkaitan dokumen DC Leaks dimana OSF milik Soros ‘mendakwa mereka adalah pemacu utama Program di Malaysia, memainkan peranan penting dalam membawa beratus-ratus ribu orang turun untuk berhimpun dalam demonstrasi BERSIH dan OSF bukan hanya sekadar membiayai.

Lanjutan dari pendedahan DC Leaks, BERSIH dan Majlis Peguam juga mengaku menerima dana daripada Soros dan juga NDI (di mana dana dari NED adalah terang-terangan daripada CIA).

20161123-maria-chin-sosma-dana-ndiSejarah Maria juga menarik kerana arwah suaminya menyertai PLO sehingga ke tahap menjadi pengawal peribadi Yasser Arafat.

Dan apabila mereka kembali ke tanah air, mereka telah mengasaskan dua gerakan NGO dimana ejen CIA mendiang Philip Agee yang telah mendedahkan sebagaj kerja dalaman CIA.

Harus ingat bahawa siasatan PDRM bermula lebih awal dan apabila polis menyerbu pejabat BERSIH, mereka mengambil dokumen.

Polis dan Peguam Negara tidak bodoh dan memahami kesan persepsi besar meletakkan ibu tunggal pertengahan umur dibawah tahanan jika mereka tidak mempunyai maklumat siasatan yang kukuh dan pendakwaan yang konkrit.

Walau bagaimanapun, kita masih menunggu Polis dan Peguam Negara untuk menjelaskan hasil siasatan mereka dan asas mereka untuk melakukan penahanan dibawah SOSMA.

Tetapi setakat ini mereka tidak mendedahkan apa-apa dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Mungkin ia adalah kerana sensitiviti kepada siasatan ini kerana melibatkan negara luar atau mungkin kerana kesalahan yang serius?


Dalam pada itu, di sini ada lagi pendedahan dokumen dalaman OSF:
http://soros.dcleaks.com/download/?f=%2F2015pr%2Fapro+malaysia+program+supporting+free+and+fair+elections+in+malaysia+june+22+2015%2Fapro+malaysia+elections+pr+outcomes+summary+6.2015.docx&t=president

Diary of ex-CIA officer Philip Agee:
https://leaksource.files.wordpress.com/2014/08/inside-the-company-cia-diary-philip-agee.pdf

Philip Agee obituary in the NY Times:
http://www.nytimes.com/2008/01/10/obituaries/10agee.html


MENGENALI SIAPA MARIA CHIN SEBENARNYA

Maria Chin Abdullah (Mary Chin Cheen Lian)

Maria Chin berkenalan dengan Yunus Lebai Ali di London pada tahun 1979 dan berkahwin.

Yunus Lebai Ali dan Hishamuddin Rais adalah aktivis berfahaman sosialis Universiti Malaya pada tahun 1970-an yang sama-sama melarikan diri ke luar negara kerana takut ditangkap polis.

Maria Chin dan Yunus pulang ke Malaysia sekitar akhir tahun 1980-an dan terlibat dengan NGO dinamakan NIEI (National Institute for Electoral Integrity). NIEI dan MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections) ditaja oleh Asia Foundation merupakan jaringan NAMFREL (The National Citizens’ Movement for Free Elections) dan ANFREL (Asian Network for Free and Fair Elections).

Bekas pegawai CIA, Philip Agee mendedahkan NAMFREL dan ANFREL adalah ‘tool CIA’ bertopeng di sebalik slogan ‘kuasa rakyat’.

Modus Operandi CIA kini telah diambil alih oleh badan baharu yang dinamakan NED (National Endowment For Democracy).

Maria Chin juga terlibat dalam NGO-NGO hak asasi manusia dan feminisme yang pro LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender). Antaranya; WDC (Women Development Collective), EMPOWER (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor) dan SIS (Sister In Islam)…antara aktivis SIS adalah MARINA MAHATHIR…

Ternyata beliau bukan orang biasa tapi merupakan seorang yang punyai Latar Belakang yg perlu di teliti lebih lanjut..

ResearchUCCmsia

UTAMABERITAMARIA CHIN DITAHAN DIBAWAH SOSMA: MENGAPA PEGUAM NEGARA DAN KETUA POLIS MEMBISU?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium