Friday, June 21, 2024
26.6 C
Kuala Lumpur

‘KERAKYATAN SEGERA’ MUNGKIN ANGKARA DR M, BUKAN NAJIB, KATA ZAHID- pakdin.my

Mahathir Mohamad tidak patut menuduh Datuk Seri Najib Razak mengulangi kesilapan sama seperti beliau lakukan ketika mentadbir negara dahulu, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri mengulas dakwaan Mahathir pada Sabtu lalu yang Barisan Nasional (BN) bercadang memberi kad pengenalan kepada 5,000 warga asing bagi membolehkan mereka mengundi di setiap kerusi marginal untuk memastikan kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Mungkin beliau pernah melakukannya, tetapi kita tidak ambil langkah-langkah silap yang pernah dilakukan beliau dan jangan menuduh apa yang beliau lakukan akan dilakukan oleh saya.

“Dan juga langkah silap beliaulah kami tanggung sekarang ini sehingga terpaksa menubuhkan Suruhanjaya Diraja atau RCI di Sabah,” katanya hari ini.

Menteri dalam negeri itu merujuk RCI yang ditubuhkan pada Ogos 2012 untuk menyiasat “Projek IC” di Sabah, iaitu pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin yang mengubah demografi penduduk negeri itu.

Beliau berkata, Mahathir yang pernah menjadi menteri dalam negeri sepatutnya tahu betapa sukar memberikan status warganegara kepada warga asing.

“Proses mendapatkan pas penduduk sukar, apatah lagi untuk memperolehi taraf penduduk tetap yang diberikan permit masuk. Jauh sekali lebih sukar untuk memperolehi taraf warganegara,” katanya sambil menambah beliau tidak mahu “membuka pekung” pentadbiran lalu, sebaliknya kerajaan sedia ada ingin “membuka buku baharu”.

Dakwaan sama turut muncul pada PRU 2013 apabila ribuan warga asing dikatakan diberi kerakyatan segera bagi membolehkan mereka menjadi pengundi.

20161129-ic-palsu-anwar-mahathir

Berkaitan

Popular

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada Jumaat (14 Jun).

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.

Kerja pembinaan jambatan baharu Thailand-Malaysia di Sungai Golok akan dimulakan pada April 2025

Jambatan Berkembar, projek pembinaan besar-besaran di Rantau Panjang-Sungai Golok, dijangka bermula pada April 2025.

Jet Flydubai membuat pendaratan kecemasan di U-Tapao Thailand

Sebuah pesawat flydubai dari Dubai ke Filipina melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang U-Tapao di Rayong, Thailand pada awal pagi Sabtu 15 Jun 2024 selepas peralatan pendaratannya gagal digunakan.

Topik

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas tembakan

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kebakaran di pusat beli-belah SkyAvenue Resorts World Genting

Sebuah bangunan di Resorts World Genting di Genting Highlands terbakar petang 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.