BERITAKETUA KUMPULAN ABU SAYYAF ANTARA YANG MAUT BERBALAS TEMBAKAN DENGAN PLATUN HARIMAU...

KETUA KUMPULAN ABU SAYYAF ANTARA YANG MAUT BERBALAS TEMBAKAN DENGAN PLATUN HARIMAU PGA

MANILA: Pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh pemimpin kumpulan Abu Sayyaf yang terlibat dalam penculikan pelancong asing, nelayan dan kelasi di sekitar perairan Sabah dan kepulauan Sulu, Filipina, kata pegawai Filipina pada Sabtu.

Abraham Hamid, ketua kumpulan tersebut, antara tiga lelaki yang dibunuh Platun Harimau Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam insiden berbalas tembakan di Semporna, Sabah pada petang Khamis.

“Kematian Hamid memberi tamparan hebat kepada Abu Sayyaf kerana ia menjejaskan keupayaan mereka untuk mengesan dan menculik mangsa pada masa akan datang,” kata jurucakap Tentera Filipina di Mindanao Barat, Mejar Filemon Tan.

Menurut Tan, dua lagi lelaki yang maut merupakan anak buah Hamid dan identiti mereka tidak didedahkan.

Beliau berkata Hamid terlibat dalam penculikan dua warga Kanada, seorang pelancong dari Norway dan seorang warga Filipina dari sebuah kawasan peranginan terkemuka, Kepulauan Samal dalam wilayah Davao, 980 kilometer di selatan bandar Manila pada September 2015.

Dua warga Kanada iaitu Robert Hall, 50, dan Mr John Ridsdel, 68, dipenggal pada April dan Jun lalu.

Maritess Flor, 40, dari Filipina pula dibebaskan pada Jun lalu manakala warga Norway, Kjartan Sekkingstad dilepaskan selepas wang tebusan diterima.

Tan menyifatkan Hamid sebagai ‘pemerhati’ yang berkeliaran di perairan untuk mencari mangsa yang akan dihantar ke kubu kuat kumpulan Abu Sayyaf di Kepulauan Sulu dan Basilan.

20161211-kumpulan-abu-sayyaf-platun-harimau-pga

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] GRS Kemungkinan Besar Tidak Tanding PRK DUN Lamag, Parlimen Kinabatangan – Hajij

PRN Sabah 2025: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

PRN Sabah 2025: Hajiji seorang Ketua Menteri yang agak malang

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami