Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKBELUM PUN MUKHRIZ JADI...

BELUM PUN MUKHRIZ JADI PERDANA MENTERI, MAHATHIR SUDAH MULA SERANG ISTANA - pakdin.my

Agenda peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadikan anaknya Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri, bukan rahsia lagi dan ia menjadi punca kenapa beliau berterusan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukan itu sahaja, beliau turut bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP untuk mengguling Najib dan kerajaan Barisan Nasional.

Namun serangan demi serangan itu diketahui gagal, bak kata Najib yang juga presiden UMNO bahawa Mahathir mempunyai `super ego’ yang kuat.

“Kalau dia bertarung dia mesti nak menang, cuba nak menang. Sekarang dia tak berjaya dia akan lebih agresif dengan kata-kata dan sebagainya,” katanya pada program Soal Jawab Khas sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 lalu.

Dan kini ternyata kata-kata Perdana Menteri itu betul apabila Mahathir lebih agresif menyerang pihak Istana Negara pula ketika anaknya belum pun menjadi Perdana Menteri.

Beliau mendakwa pihak Istana sudah menjadi alat politik Barisan Nasional (BN) dan Najib ekoran undangan untuknya menghadiri Istiadat Menandatangani Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong yang baru di Istana Negara, esok, ditarik balik.

Inilah sifat ‘super ego’ yang dikatakan itu. Mahthir mahu sentiasa dilihat sebagai pemenang dalam apa jua isu termasuklah dalam soal jemputan sehingga sanggup menyerang pihak Istana Negara.

Mahathir tidak mengira siapapun lawannya sebaliknya beliau akan terus menyerang termasuk dengan kata-kata sinis dan jelek.

Sedangkan dalam isu pembatalan undangan itu, sebarang urusan termasuk soal undangan ataupun menarik balik surat terbabit adalah hak pihak Istana Negara.

Begitu juga dengan urusan pemberian pingat, di mana menjadi hak Raja-raja sama ada mahu mengurniakan pingat atau menariknya.

Ia bukan kali pertama beliau membuat komen berbaur sindiran malah sebelum ini, Mahathir pernah menuduh Yang di-Pertuan Agong menjadi tahanan dalam rumah selepas gagal mendapat perkenan untuk menyerahkan lebih sejuta tandatangan bagi menuntut Najib meletakkan jawatan.

Bagaimanapun Deklarasi Mahathir itu tidak berhasil kerana ia tidak sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan sehingga ditolak oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

20161212-pertabalan-agong-ke-15

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Tiga orang ditembak mati

Polis berkata lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan secara rambang kawasan itu, menyebabkan dua orang maut dan dua lagi cedera, sebelum berlindung di sebuah rumah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162654

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor

“Maka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Jan 2023. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490