POLIS TAHAN PASANGAN KONSTABLE WANITA DIPERCAYAI SELUDUP SENJATA API DARI THAILAND - pakdin.my

CHANGLUN: Polis Kedah menahan 2 pasangan suami isteri yang sedang menaiki 2 kenderaan selepas disyaki menyeludup masuk senjata api ke negara ini, malam tadi.

Keempat-empat suspek berumur antara 26 dan 41 tahun itu ditahan ketika rondaan cegah jenayah oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Kilometer 9.7 Lebuhraya Utara-Selatan di sini, kira-kira 10.40 malam.

Menurut sumber, dalam pemeriksaan pertama ke atas sebuah kereta jenis Perodua Myvi dinaiki pasangan suami isteri berusia 31 dan 26 tahun, menemui sebuah beg galas di atas lantai bahagian tempat duduk belakang kenderaan itu.

Hasil pemeriksaan menemui pakaian seragam polis milik wanita berusia 26 tahun itu, yang juga seorang anggota polis berpangkat konstabel di sebuah ibu pejabat polis daerah di Kuala Lumpur.

Dalam beg galas itu turut menemui sepucuk pistol jenis Luger yang dibungkus menggunakan surat khabar Thailand bersama 1 kelopak peluru dan bungkusan kedua dalam beg yang sama, menemui 30 butir peluru hidup 9mm.

“Siasatan awal mendapati suami wanita itu mengaku pistol tersebut kepunyaannya yang dibeli dari Thailand daripada seorang lelaki yang tidak dikenali pada harga RM3,000 dengan tujuan untuk simpanan,” katanya.

Ekoran itu, polis kemudian menahan pasangan tersebut dan merampas kereta Perodua Myvi untuk membantu siasatan, menurut sumber itu.

Berikutan itu, polis kemudian membuat pemeriksaan ke atas satu lagi pasangan berumur 41 dan 35 tahun yang berasal dari Selangor, termasuk kenderaan jenis BMW dinaiki mereka, namun tidak menemui sebarang senjata berbahaya.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut terhadap lelaki berusia 41 tahun itu mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berhubung Seksyen 396, 506 dan 379 Kanun Keseksaan serta orang dikehendaki berhubung Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber itu berkata, kempat-empat suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1972) dan Seksyen 8A Akta Senjata Api 1960.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman twitternya mengucapkan syabas atas kejayaan tersebut.

“Syabas JSJ IPK Kedah dan JSJ Bukit Aman pagi tadi berjaya menangkap 4 orang di Changlun, Kedah dan rampas pistol yang diseludup,” kata Khalid.

20161213-suami-isteri-seludup-senjata-dari-thailand

UTAMABERITAPOLIS TAHAN PASANGAN KONSTABLE WANITA DIPERCAYAI SELUDUP SENJATA API DARI THAILAND

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium