UtamaPOLITIKNAJIB GAGASKAN TN50 UNTUK...

NAJIB GAGASKAN TN50 UNTUK ANAK MUDA, KIT SIANG & MAHATHIR BERPAKAT UNTUK ANAK SENDIRI - pakdin.my

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak amat prihatin terhadap masa depan dan kualiti hidup golongan muda.

Buktinya, boleh dikatakan keseluruhan usaha dan agenda kerajaan sekarang adalah sebagai persediaan untuk anak muda di masa akan datang.

Sebagai contoh ketika pengumuman Bajet 2017. Najib telah meminta Kementerian Belia dan Sukan untuk mengemudi pelaksanaan awal dialog dan percambahan idea Agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Seperti dikehendaki Perdana Menteri, TN50 merupakan garaban idea dan kehendak dari rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2050 nanti.

Ia juga merupakan hasrat Perdana Menteri supaya nilai-nilai kemanusiaan, hormat sesama agama dan kesejahteraan rakyat harus diberikan tumpuan agar TN50 ini bukan satu perkara yang mustahil.

Melalui TN50, ia akan mengumpul suara orang muda yang akan menjadi asas kepada visi negara untuk 30 tahun akan datang. Visi kali ini merupakan gagasan dari bawah atau bottom up, bukannya arahan dari atas atau top down.

Ini sekali gus menunjukkan rasa hormat Najib terhadap idea rakyat dan rasa penting beliau dalam meletakkan nasib yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Dari segi ekonomi, Dato Seri Najib juga meletakkan sasaran untuk mencapai ekonomi RM2 Trillion dalam masa 7 atau 8 tahun (2025) akan datang.

Bila ekonomi Malaysia semakin besar maka peluang pekerjaan dan perniagaan untuk generasi akan datang akan terus dicipta. MRT juga akan mula beroperasi pada 16 Disember 2016 ini. Kalau ikut idea Rafizi pada PRU13 yang lepas, anak muda Malaysia tidak akan merasa nikmat MRT ini.

Berbanding dengan DAP, parti itu hanya sekadar mahu mengambil kuasa pemerintahan dari Barisan Nasional (BN) bagi memastikan mereka mampu membina sebuah negara sekular. Ini sudah tertulis dalam Perlembagaan DAP.

Kepimpinan DAP yang dikuasai oleh ‘Legasi Lim’, diketuai Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, langsung tidak menyentuh agenda pemerkasaan anak muda.

Hakikatnya, tiada agenda khusus dirancang oleh Kit Siang atau Legasi Lim demi masa depan negara atau anak muda.

Tidak percaya? Lihatlah sendiri dalam setiap perenggan Perlembagaan DAP atau agenda DAPSY. Tiada satu pun agenda khusus persis TN50 yang digubal untuk anak muda.

Lim hanya ada gagasan untuk anaknya sahaja. Mahathir pun begitu juga, hanya mahu anaknya menjadi PM. Inilah agenda Lim Kit Siang dan Mahathir, hanya untuk masa depan anak mereka.

Kehidupan di negara ini akan diwarisi oleh anak muda sekarang. Apa yang Najib lakukan ini bukanlah untuk beliau, sebaliknya semata-mata bagi memberi pengesahan bahawa kualiti hidup rakyat Malaysia pada tahun 2050 jauh lebih baik berbanding sekarang.

Jika kita memilih BN, insyaAllah hidup anak cucu dan cicit kita nanti akan menjadi lebih baik berbanding kita, sebaliknya jika kita mahu mencuba memberi mandat kepada DAP atau Mahathir, belum tentu lagi pewaris kita akan mampu hidup dengan harmoni di tanah air sendiri.

Jangan salah pilih, kelak cucu cicit yang merana!

20161213-najib-razak-tn50

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...

[VIDEO] Gempa Taiwan: Kereta api tergelincir, kedai serbaneka runtuh

TAIPEI: Gempa bumi sekuat 6.8 skala Richter yang menggegarkan tenggara Taiwan hari ini menyebabkan kereta api tergelincir dari landasan dan sebuah kedai serbaneka runtuh. Setakat...

[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU

Laungan “bubar” bergema di Stadium Titiwangsa ketika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memulakan ucapan sempena pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional 2022. “Saya dengar dengan jelas,...

[VIDEO] “Sikit jer lagi” : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat bakal jadi mimpi ngeri oposisi?

Sekali lagi di hadapan hadirin dalam majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) 2022, PM9 Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden UMNO berjanji...

Soalan untuk Ketua Hakim Negara

Tun Maimun kata, jangan komen penghakiman yang telah dibuat. Tanya dulu, apatah lagi jika ia bukan bidang kita. Sebenarnya banyak kali ditanya. Tetapi tidak...

[VIDEO] Andai UMNO-BN kembali berkuasa, Zahid ikrar tiada langkah politik balas dendam

Kerana setiap rakyat (tidak kira apa warna politiknya) berhak mendapat keadilan secara saksama. Inilah UMNO-BN, koalisi politik berprinsip dan akan terus teguh mempertahan dan mendaulatkan...

[VIDEO] Suami berselisih faham ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik, dilarikan ke Thailand

KOTA BHARU – Perselisihan faham antara suami kepada seorang ejen jualan kosmetik dengan ahli sindiket dadah dipercayai menjadi punca wanita itu diculik di rumahnya...

[VIDEO] Pedas dan tajam kritikan Dr. Tawfik : “Kekuatan politik Bersatu itu palsu, PAS kena sedar!”

https://youtu.be/Tq0IaeIDlLs Apapun kami percaya penganalisis sohor dari Universiti Malaya, Dr. Tawfik Yaakub ini menegur PAS dengan penuh kasih sayang walaupun nadanya keras. Jika melihat kepada siri-siri...