‘DATUK’ DISYAKI DALANG UTAMA KES BUNUH BILL KAYONG DITAHAN SETELAH DIUSIR DARI CHINA - pakdin.my

Seorang Datuk yang disyaki perancang utama pembunuhan Bill Anak Kayong ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Menurut polis, Datuk Stephen Lee Chee Kiang ditahan Kementerian Keselamatan Awam Republik Rakyat China di Fujian semalam dan diusir keluar ke Malaysia.

Stephen diiring pulang ke Malaysia oleh satu pasukan khas yang diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Datuk Dev Kumar.

“Syabas JSJ Sarawak berjaya kesan dan tangkap perancang utama pembunuhan Bill Kayong di KLIA sebentar tadi,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitter malam tadi.

Media melaporkan ahli perniagaan itu melarikan diri ke luar negara dan diburu Interpol selepas meninggalkan Malaysia beberapa hari selepas pembunuhan.

Bill, 43, ditembak mati pada 21 Jun lepas ketika berada dalam kenderaan pikap di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuala Baram dekat Lutong, Miri.

Beliau merupakan Setiausaha PKR Cabang Miri.

“Suspek akan diiring ke Miri pada 14 Disember 2016 dan dituduh dengan segera untuk kes pembunuhan Bill Anak Kayong,” kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor.

Julai lalu, Mohamad Fitri Pauzi, 29 didakwa di Mahkamah Majistret Miri mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Bill.

Seorang lagi tertuduh, Lie Chang Loon, 37 didakwa bersubahat dengan Fitri mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

 20161213-stephen-lee-chee-kiang-kes-bunuh-bill-kayong

UTAMABERITA‘DATUK’ DISYAKI DALANG UTAMA KES BUNUH BILL KAYONG DITAHAN SETELAH DIUSIR DARI...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium