UtamaPOLITIKJIKA IKUT LOGIK RAFIZI,...

JIKA IKUT LOGIK RAFIZI, MRT TIDAK AKAN SIAP - pakdin.my

DUNIA telah menjadi saksi pembukaan MASS Rapid Transit (MRT) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mula beroperasi pada Jumaat, 16 Disember 2016.

MRT ini disifatkan lebih moden dan gerabak yang lebih baik jika hendak dibandingkan dengan tren Underground di London dan tren Subway di Tokyo.

Projek maju merentas masa itu bukan sahaja telah siap mengikut jangkaan, malah mampu menjimatkan sebanyak RM2 bilion daripada kos sasaran awal iaitu RM23 bilion.

Dengan mengambil masa menunggu hanya 3.5 minit untuk setiap tren, projek hasil sentuhan Perdana Menteri ini dijangka mampu memanfaatkan kepada 1.2 juta orang pengguna.

Namun apa yang dikesalkan adalah, fitnah dari Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli pada April 2013 terhadap projek MRT melalui pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU13.

Dalam sebuah video bertajuk “PRU13 – Bersama Rafizi Pendidikan Percuma” yang dimuat naik di Youtube, Rafizi memfitnah Kerajaan Malaysia membelanjakan sebanyak RM80 bilion wang rakyat untuk projek MRT pada hari ini.

Jumlah RM80 billion yang disebut Rafizi itu pun tidak betul. Kos sebenar MRT hanyalah RM36.6 billion dari Kajang ke Sungai Buloh. Angka RM80 billion itu Rafizi hanya main petik sahaja.

Jika ikut logik Rafizi melalui Manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU13 ini dulu, maka sudah tentu berlaku ‘kehilangan’ wang rakyat sebanyak RM59 bilion sekarang ini.

Padahal, jika dicampur antara kos bagi fasa pertama dan kedua, ia masih tidak melebihi dari ‘kos ciptaan Rafizi’ berkenaan.

Menurut kementerian bertanggungjawab, kos keseluruhan bagi dua fasa projek MRT adalah menelan belanja sebanyak RM36.6 bilion.

Sudahlah kos berkenaan berjaya dijimatkan, sebanyak kira-kira 50 peratus dari nilai kerja projek tersebut telah berjaya diagihkan kepada kontraktor Bumiputera.

Ini sekali lagi melebihi sasaran yang diminta oleh Najib Razak pada Februari 2016 iaitu sebanyak 45 peratus sahaja.

Sesungguhnya, projek MRT yang prasarananya berkembang maju menjangkaui masa ini adalah lambang kepada komitmen Perdana Menteri terhadap rakyat Malaysia.

Walaupun beliau seringkali dicemuh dan difitnah di media sosial, namun fokus beliau dalam memberi bakti kepada rakyat tidak pernah sesekali dikesampingkan.

Andainya kita mengikut logik akal dan saranan dari Rafizi serta parti-parti pembangkang, ‘nikmat dunia’ seperti MRT yang boleh dinaiki secara percuma selama sebulan ini tidak akan dikecapi rakyat sampai bila-bila.

Rafizi hendak buat tol percuma di Lebuhraya Guthrie pun tidak boleh, biarpun sudah dua penggal Selangor kuasai kerajaan negeri. Malah di Penang, Tol Sungai Nyiur yang hanya RM0.50 sen pun tidak dimansuh oleh mereka.

Pembangkang hanya pandai berjanji dan berjenaka sahaja tentang angka. Mereka tidak akan tunaikan apa yang mereka cakap jika mereka berkuasa.

Hanya BN yang menunaikan janji. Najib Razak sekali lagi membuktikan bahawa Barisan Nasional memberi politik khidmat bakti, manakala Rafizi pula menunjukkan kepada kita bahawa pembangkang hanya bermain politik fitnah kepada rakyat! Jom naik MRT!

20161216-najib-razak-mrt-siap

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988