UtamaNASIONALTERESA KOK MASIH TERUS...

TERESA KOK MASIH TERUS MENUDING JARI MENUTUP KESALAHAN KERAJAAN PAKATAN SELANGOR – JAWAPAN UNTUK BELIAU - pakdin.my

DAP Teresa Kok terus menuding jari menyalahkan pemotongan air menjelang Krismas.

Dalam satu kenyataan semalam, YB Teresa Kok enggan berhenti memusing cerita dari menyalahkan Kerajaan Selangor.

Dia terus menyalahkan TNB dan SPAN kerana bersetuju untuk pemotongan air yang tidak kena dengan masanya.

Kedegil dan keangkuhan beliau untuk meletakkan kesalahan kepada PKR Selangor atau di Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, telah mengkhianati agenda beliau mempolitikkan isu air ini dengan mengalihkan kesalahan kepada pihak lain.

Walaupun Menteri Besar Selangor sendiri mengakui bahawa Kerajaan Selangor yang telah dua kali menangguhkan tarikh sebelum ini dan telah bersetuju dengan tarikh penutupan 19 Disember.

Beliau juga telah menuduh BN mempolitikkan isu ini dengan meminta beliau untuk menghentikan permainan menyalagkan orang lain. Adalah pelik kerana BN sekadar menjawab kepada beberapa kenyataan beliau sebelum ini.

Dakwaan beliau dalam kenyataan terbaru beliau telah terbukti salah dan beliau kena tanya dirinya sendiri dengan beberapa soalan mudah.

a) Bila TNB membuat permintaan untuk membuat penyelenggaraan penting bagi loji bekalan air?

Jawapan: TNB membuat permintaan lebih daripada setahun yang lalu.

b) Entiti mana yang mencadangkan tarikh 19 Disember?

Jawapan: Ianya adalah syarikat-syarikat air Selangor yang diuruskan sepenuhnya dan dikendalikan oleh Kerajaan Selangor.

c) Entiti mana yang menangguhkan dua tarikh sebelum ini dijadualkan pada akhir September dan pada awal Disember – juga menyebabkan tarikh 19 Disember di pilih?

Jawapan: Seperti yang diakui oleh Menyeri Besar Selangor, syarikat-syarikat air Selangor yang diuruskan sepenuhnya dan dikendalikan oleh Kerajaan Selangor yang menangguhkan.

d) Jika Selangor boleh menangguhkan dua tarikh yang dijadualkan sebelum ini yang juga dianggap penting itu, mengapa tidak boleh menangguhkan untuk kali yang ketiga?

Jawapan: Ya, boleh. Tetapi Kerajaan Selangor tidak melakukan ini dan dicadangkan dan dipersetujui pada tarikh 19 Disember.

e) Adakah pihak berkuasa air Selangor mempunyai masa dan notis yang cukup untuk mendapatkan atau menyewa set penjana elektrik sokongan untuk memastikan tidak berlaku penghentian operasi selain hanya memiliki penjana elektrik sokongan yang berkapasiti 60%, yang tidak cukup untuk mengelakkan penghentian operasi sepenuhnya?

Jawab, Ya, mereka mendapat notis yang mencukupi. Mereka mengetahui mengenai ini sejak sekurang-kurangnya setahun yang lalu dan mereka mengetahui ini sejak sekurang-kurangnya bulan September apabila Air Selangor telah meminta tarikh ini ditangguhkan. Atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh mereka sendiri. Air Selangor tidak memilih untuk melakukan ini walaupun mempunyai masa dan notis yang mencukupi.

f) Adakah YB Teresa Kok ketika itu mengakui bahawa ini adalah keputusan kolektif?

Jawapan: Ya dia tahu. YB Teresa mendakwa ini merupakan keputusan bersama antara TNB, sebagai pemohon dengan Air Selangor, pihak yang sepatutnya mencadangkan tarikh, manakala SPAN bertindak sebagai fasilitator.

Walau bagaimanapun, walaupun mengakui hal ini, Teresa Kok entah bagaimana akhirnya hanya menyalahkan TNB dan SPAN tetapi tidak sama sekali menyalahkan Kerajaan Selangor.

Saya yakin bahawa Teresa dan dengan pemikiran kritikal beliau dia juga akan bersetuju bahawa di atas adalah bukti yang jelas bahawa dia telah bermain permainan menyalahkan orang lain untuk mengalihkan peranan utama Kerajaan Selangor akibat dari pemotongan air ini.

Jika beliau ikhlas, dia akan segera meminta Kerajaan PKR Selangor untuk menghalang SYABAS daripada membenarkan TNB ke memasuki premis mereka.

TNB tidak mempunyai kuasa untuk secara haram memasuki premis atau menutup loji rawatan air.

Tetapi YB Teresa tidak melakukan ini dan sebaliknya memilih untuk mengeluarkan pelbagai kenyataan menyalahkan semua pihak kecuali Kerajaan Pakatan Selangor.

https://pakdin.my/gangguan-bekalan-air-selangor-teresa-kok-digesa-henti-tuding-jari/

[contentcards url=”https://pakdin.my/gangguan-bekalan-air-selangor-teresa-kok-digesa-henti-tuding-jari/” target=”_blank”]

20161222-krisis-air-teresa-kok

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988