BERITA TANAH RUNTUH: 13 PENGHUNI RUMAH TNB CAMERON HIGHLANDS DIARAH PINDAH

[VIDEO] TANAH RUNTUH: 13 PENGHUNI RUMAH TNB CAMERON HIGHLANDS DIARAH PINDAH

 

[contentcards url=”https://youtu.be/Z3ZLUzRKFv0″]

CAMERON HIGHLANDS: Seramai 13 penghuni di Rumah Penginapan Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Bungalow Sharpless, Tanah Rata diarahkan berpindah selepas berlaku runtuhan tanah di kawasan banglo berkenaan petang tadi.

Dalam kejadian itu pada 3 petang, tiga kereta yang di parkir di kawasan itu turut rosak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands, Mohd Haziq Hazmi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.11 petang sebelum mengerahkan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan sebaik pihaknya tiba di lokasi kejadian tetapi mendapati tiada mangsa terbabit dalam runtuhan berkenaan.

Beliau berkata, runtuhan berlaku disebabkan hujan lebat dan pihaknya kini menutup keseluruhan kawasan kerana dikhuatiri runtuhan kedua akan berlaku.

“Susulan kejadian itu, anggota bomba mengarahkan semua penghuni di sekitar kawasan berkenaan mengosongkan bangunan.

“Seramai 13 penghuni yang tinggal di kawasan berkenaan diarahkan berpindah sementara sehingga pihak Jabatan Kerjaraya (JKR) membaiki cerun yang mengakibatkan runtuhan berkenaan.

“Operasi tamat pada jam 3.59 petang,” katanya.

20161225-tanah-runtuh-quaters-tnb-cameron-highlands

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

[VIDEO] Bencana tanah runtuh di Sabah ragut 12 nyawa

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami