MAHATHIR CUBA ALIH ISU KEMELUT PPBM - pakdin.my

Mahathir Mohamad didakwa meroyan dengan membangkitkan pelbagai isu termasuk mendakwa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai haram dan rasuah untuk menutup kemelut kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, mendakwa Penasihat PPBM itu sengaja mengalih isu dalaman partinya dengan mengeluarkan ‘fatwa’ mengenai BR1M.

Katanya, bekas Perdana Menteri itu kecewa kerana gagal menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan paling menyakitkan hatinya apabila PPBM yang baru ditubuhkannya dilanda kemelut kepemimpinan yang menunggu masa terkubur.

“Untuk mengalih isu dalaman PPBM beliau mengeluarkan ‘fatwa’ mengenai BR1M dan yang menjadi persoalan sejak bila beliau menjadi ahli majlis fatwa?.

“Kerajaan tidak perlu melayan kerenah beliau yang suka meroyan termasuk sengaja membangkitkan cerita sensasi seperti BR1M itu haram dan rasuah semata-mata mengalihkan isu serta untuk mendapat perhatian dan publisiti murahan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mustapha berkata, Mahathir sengaja berbuat demikian bertujuan mahu mendapat reaksi daripada pihak kerajaan dan UMNO dan apabila kenyataannya mendapat maklum balas, ia adalah satu kemenangan kepadanya.

Katanya, sebelum ini, Mahathir menuduh kerajaan menggadai negara ini kepada China dan berhutang dengan negara itu apabila Najib berjaya mendapat pelaburan bernilai RM143 bilion.

“Sehubungan itu, Veteran UMNO berharap kerajaan dan kepemimpinan UMNO jangan membuang masa melayan kerenah kebudak-budakan dan ketidakmatangan Dr Mahathir. Teruskan program yang dirancang untuk kepentingan rakyat dan negara.

“Biarkanlah dia terus meroyan dan merapu bagi memenuhi sisa-sisa kehidupannya. Veteran UMNO yakin rakyat sudah bosan dengan kerenah beliau yang tidak habis-habis menyerang dan memburukkan kerajaan dan kepemimpinan UMNO,” katanya.

20161227-mahathir-anina-khairuddin

UTAMAPOLITIKMAHATHIR CUBA ALIH ISU KEMELUT PPBM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium