AZMIN KATA BR1M RASUAH - pakdin.my

Presiden PKR, Wan Azizah kata BR1M hak (tiada pula disebut dalam perlembagaan sebagai hak) tetapi Timbalan Presidennya kata rasuah.

Dah gila mainan politik PKR sejak kewujudan Parti Cap Bunga.

SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ternyata berbeza pandangan dengan presiden parti itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail apabila mengibaratkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai sogokan politik.

Mohamed Azmin berpendapat sedemikian kerana nilai bantuan tersebut dilihatnya tidak mampu membantu menjana ekonomi rakyat.

“Bagi saya, BR1M adalah salah satu bentuk rasuah. Ini adalah salah satu cara sogokan. Sogokan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk.

“Kalau nak dikatakan bantuan untuk jana ekonomi, ia tidak mampu berbuat demikian. Nilai RM600 boleh habis dalam dua hari,” katanya.

Menteri Besar itu ditemui pemberita selepas memberi keterangan kepada polis di Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.

Kelmarin, Wan Azizah menyangkal dakwaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menganggap program BR1M sebagai rasuah.

Wan Azizah berkata, BR1M memang sepatutnya diberikan kepada rakyat kerana ia adalah hak mereka.

Ketika diminta mengulas kenyataan Wan Azizah itu, Mohamed Azmin memberitahu, pendapat Presiden PKR tersebut perlu dilihat dari sudut lain.

“Tidak adil bandingkan pandangan saya dengan dia (Wan Azizah) tapi saya tetap nyatakan yang BR1M adalah salah satu bentuk sogokan (rasuah),” ujarnya.

20161229-azmin-br1m-haram

UTAMAPOLITIKAZMIN KATA BR1M RASUAH

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium