UtamaPOLITIKRAFIZI FITNAH LAGI: BAYARAN...

RAFIZI FITNAH LAGI: BAYARAN PDP BAGI MRT 1 RM750 JUTA, BUKAN RM7 BILION - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd (MMC Gamuda) menjelaskan yang bayarannya sebagai rakan kongsi penyediaan projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan 1 (MRT 1) dianggarkan RM750 juta.

Syarikat itu berkata jumlah yang dinyatakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebanyak RM7 bilion, adalah tidak benar.

Dalam satu kenyataan pada Khamis MMC Gamuda berkata, selain kos pembinaan RM21bilion untuk MRT 1, terdapat kos berkaitan lain seperti bayaran untuk perundingan kejuruteraan, pengukur bahan, kerja-kerja integrasi sistem, siasatan tapak, kajian topografi, kontingensi serta PDP.

Menurut syarikat itu, bayaran PDP adalah enam peratus daripada bahagian bertingkat kerja-kerja pembinaan dengan syarat ia menyelesaikannya dalam masa ditetapkan dan mengikut bajet.

Untuk menjelaskan mengenai jumlah RM40 bilion bagi keseluruhan tiga Laluan MRT, syarikat itu berkata, ia adalah cadangan konsep yang dibangunkan pada 2010 berdasarkan harga pada 2009.

“Ia tidak termasuk kos untuk kereta api elektrik dan pengambil alihan tanah.

“Penjajaran akhir semasa untuk MRT 1 dan MRT 2 adalah lebih panjang dari segi jarak dan lebih banyak stesen, yang telah meningkatkan kos pembinaan Projek MRT tersebut,” kata syarikat itu.

MMC Gamuda berkata konsep cadangan yang dikemukakan adalah supaya ketiga-tiga laluan itu dibina serentak berbanding sekarang yang mana pelaksanaan satu-satu laluan secara berperingkat yang mungkin menelan kos pembinaan lebih tinggi.

Jelas syarikat tersebut, biarpun Projek MRT itu pada asalnya dicadangkan (dalam konsep cadangan) sebagai projek turnkey namun kerajaan memutuskan untuk melantik PDP bagi melaksanakannya yang disusuli pelantikan MMC Gamuda.

Selaku PDP, ia bertanggungjawab mengurus pembinaan jajaran bertingkat projek dan kesemua kontrak berkaitan dianugerahkan berdasarkan tender secara terbuka dan kompetitif.

Bagi pakej (pembinaan) bawah tanah, tiada pembabitan PDP kerana pihak MRT Corporation menawarkan tender antarabangsa, namun pelantikan MMC Gamuda sebagai kontraktor terbabit adalah berdasarkan harga tender paling rendah serta teknikal terbaik.

“MRT Corporation menguruskan kerja-kerja (pembinaan) bawah tanah itu,”katanya.

Menurut syarikat itu, kesemua proses yang dijalankan itu juga adalah tertakluk kepada dua pengauditan setiap tahun iaitu oleh Jabatan Audit Negara serta penilaian bebas firma perkhidmatan profesional global.

Bagi kos pembinaan setiap kilometer bagi rel bandar berkenaan pula berbeza mengikut projek dan bandar berdasarkan penyelidikan oleh akademik antarabangsa.

“Ia juga merupakan amalan yang diterima seluruh dunia untuk menggunakan kos pembinaan yang tidak termasuk reka bentuk dan penyeliaan kejuruteraan, pembelian tanah antara lainnya.

“Sebagai contoh, kos pembelian tanah di bandar-bandar seperti Hong Kong dan Singapura (yang lebih tinggi) boleh memesongkan perbandingan kos pembinaan,”kata syarikat itu.

MMC Gamuda berkata sebab-sebab perbezaan tinggi dalam kos pembinaan adalah perbezaan dalam ciri-ciri projek, kos buruh dan tahap penekanan ke atas keselamatan, kesihatan dan alam sekitar.

Berdasarkan kepada analisis (pada 2014) kos pembinaannya bagi sistem MRT di 49 bandar raya di negara maju dan membangun menunjukkan 38 bandar raya mempunyai sistem MRT lebih mahal berbanding MRT 1.

Syarikat itu berkata dengan proses tender terbuka yang adil dan telus, kos pembinaan diputuskan secara kompetitif oleh pasaran.

Pada masa depan MMC Gamuda berkata ia akan terus menumpu untuk menyiapkan pembinaan MRT 1 (Fasa 2) dan MRT 2.

20161230-mrt-terowong-pulau-pinang

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands – Bomba

Kemalangan tersebut berlaku pada 1:15 tengah hari semasa van yang dinaiki 14 orang itu sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162266

[VIDEO] Ada perkara tak ikut peraturan dalam perolehan vaksin, kata PM

“sebahagiannya tidak mengikuti peraturan dan ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara”. BACA selanjutnya di https://pakdin.my/162255

[VIDEO] Gempa 7.4 SR gegar Turkiye dan Syria

Wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis terjejas teruk akibat gempa itu. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162244

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129