WAKIL RAKYAT INDONESIA MATI TERGANTUNG

JAKARTA: Seorang ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kota Batu di Malang Jawa Timur dijumpai mati tergantung dengan seutas tali di dalam bilik di rumahnya semalam.

Menurut laporan portal berita dalam talian hari ini, mayat Sandy Pratama Putra, 28, wakil rakyat daripada parti Nasional Demokratik (Nasdem) itu ditemui keluarganya di dalam rumah mereka di Jalan Raya Tlekung di Kota Batu, Malang.

Ahli DPRD sama seperti Ahli Dewan Undangan Negeri di Malaysia.

Ketua bahagian Hubungan Masyarakat Polis Daerah Batu, Waluyo berkata polis masih menjalankan siasatan tetapi setakat ini tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah.

Wakil rakyat itu dipercayai menggantung diri dengan menggunakan tali plastik yang diikat pada alang rumah.

Keluarga Sandy juga dikatakan enggan melakukan bedah siasat mayatnya dan mahu mengebumikan jenazah itu dengan segera.

Selain menjadi wakil rakyat, Sandy yang meninggalkan seorang balu dan 2 anak yang masih kecil itu, juga menjalankan pelbagai perniagaan termasuk industri makanan ringan.

20170109-wakil-rakyat-indonesia-mati-tergantung

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...