UtamaPOLITIKSKANDAL: ANINA DI WHATSAPP,...

SKANDAL: ANINA DI WHATSAPP, MUHYIDDIN DI MAHKAMAH, ANINA YANG KENA - pakdin.my

20161226-anina-pribumi-skandal-seks-pecat

Penghujung tahun 2016 menyaksikan plot paling tragis buat Anina Saadudin apabila dikaitkan dengan skandal seks dirinya. Walaupun hanya mula tersebar melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook, namun kesannya amat memedihkan.

Skandal seks melibatkan Anina mula menjadi panas dan tular apabila dipetik oleh beberapa laman portal politik hingga dirinya dihukum pecat dari jawatan Ketua Srikandi Parti Bunga.

Tindakan Parti Bunga memecat Anina dari sayap parti berkenaan cukup pantas, seolah-olah mereka (Parti Bunga) tidak sanggup lagi ‘menanggung dosa zina’ yang amat mengaibkan parti serpihan itu.

Namun, berbeza pula dengan nasib yang diterima presiden parti iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Walaupun kes skandal melibatkan dirinya telah disebut dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, namum beliau masih diiktiraf selaku Presiden Parti Bunga.

Pada 7 Disember 2015, bekas pendakwa raya Stanley Clement Augustin melakukan Pengisytiharan Statutori (SD) menuduh isterinya Nika Gee Siew Yee telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang ‘figura politik terkenal dari Johor’.

Disebut dalam SD tersebut, Nika Gee telah bertemu Muhyiddin di luar negara dan menerima ganjaran berbentuk kewangan dan barangan daripada ahli politik itu.

Seperti dilaporkan oleh penulis Raja Petra Kamaruddin, Nika Gee ada menerima bayaran RM20,000 setiap bulan dalam jangka masa panjang.

Apabila kes tersebut dibicarakan di mahkamah tinggi, Muhyiddin dilihat tidak sekali pun hadir membantu perbicaraan, sekadar menghantar wakilnya sahaja.

Inilah politik ‘antara dua darjat’ yang diamalkan dalam Parti Bunga. Mereka yang tiada nama atau lahir dari akar umbi akan ‘dibunuh’ dengan begitu pantas dan kejam, manakala figura ternama pula akan terus dikekalkan berada di kedudukan selesa.

Namun, percayalah bahawa Pengerusi Parti Bunga iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad amat sukakan situasi ini. Beliau akan mempergunakan ‘bom jangka’ melalui isu-isu skandal dan moral ini sebagai ugutan kepada pelaku sekiranya suatu hari nanti ada antara mereka yang berniat mahu kembali ke pangkal jalan. Contoh sudah ada, lihat sahaja nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...