UtamaPOLITIKMAHATHIR GUNA STRATEGI "BIG...

MAHATHIR GUNA STRATEGI "BIG LIE" KAWAL MINDA RAKYAT - pakdin.my

20161206-soros-mahathir

Pada tahun 1997 ketika negara mengalami kemelesetan ekonomi dan ketika itu Tun Mahathir adalah Perdana Menteri , kenyataan paling terpenting yang disebut oleh Tun Mahathir untuk menyelesaikan kamelut yang mencengkam dirinya sebagai pemimpin negara adalah menyebut nama George Soros sebagai dalang menjatuhkan ekonomi negara.

“There is no doubt he did it.” kata Mahathir.

Maka dengan kenyataan Soros sebagai dalangnya, maka tumpuan kebencian rakyat beralih kepada Soros dan bukan hal hal lain yang juga ada kaitan dengan kegagalan ekonomi negara. Mahathir terselamat dengan menggunakan nama “Soros”.

Tetapi kemudiannya kenyataan seperti ini pula didapati muncul –

“There is probably bad blood between Soros and Mahathir that goes back to one of the currency trader’s triumphs: his successful attempt to drive down the value of the British pound in 1992.

Betting against Soros at the time: Bank Negara, Malaysia’s central bank. In doing so, the bank reportedly rang up nearly $6 billion in losses”

Negara di bawah pentadbiran Mahathir kerugian bernilai $USD6 billion pada tahun itu.

Bermakna , bukan sahaja Soros sebagai dalang, tetapi Mahathir juga ada peranan dalam  menjudikan wang negara.

Rujukan kepada isu MAS dan MAMINCO juga ada kaitan, tetapi terlalu “details” bagaimana Mahathir menggunakan strategi “framing propaganda” untuk menyelesaikan dua isu itu.

Apa yang penting untuk disampaikan di sini adalah cara Tun Mahathir memanipulasi minda rakyat ketika beliau menjadi PM.

Negara Israel sudah mengamal kan “Mind Control” melalui media media di bawah pengaruhnya sejak sekian lama.

Ketika Mossad berjaya menggunakankan orang dalam mereka di CIA untuk menghasut Amerika menyerang Iraq, mereka menggunakan “kawalan minda”.

Dari luaran nampak pihak Mossad berhabis habisan menggunakan media cetak dan eletronik untuk menggambarkan Iraq memiliki senjata besar yang boleh menghancurkan (Weapon of Mass destruction), dan dari dalam pula mereka menggunakan ‘mole” dan talibarut untuk menghasut pentadbiran Amerika.

Sebelum Iraq diserang rakyat dunia di kawal mindanya dengan cerita keburukan dan kejahatan Saddam Hussien dan anak anak nya.

Kita di Malaysia pun telah terpengaruh dengan  kisah Saddam dan gundik gundiknya, kisah pembunuhan kejam rakyat Kurdishtan dengan ciptaan watak “Chemical Ali” yang kononnya menggunakan bahan kimia untuk membunuh orang Kurdishtan secara zalim.

Selain itu kisah mandi dalam tub bersadur emas dan majlis parti mewah bersama wanita “harem” disebarkan di seluruh dunia.

Maka , apabila serangan di lancarkan terhadap Iraq dan Saddam Hussien, tiada siapa lagi bersimpati , kerana sekian lama kawalan minda telah diserapkan bahawa watak “Sadam” ini jahat orangnya.

Framing propaganda telah dilakukan sebelum itu oleh Mossad untuk mencipta persekitaran dan mempengaruhi dunia bahawa Saddam adalah jahat dan patut dihukum.

Maka apa yang jelas di sini adalah cara yang sama yang cuba di gunakan oleh Tun Mahathir terhadap Dato Sri Najib.

Ketika rakyat Malaysia belum kenal Soros dia sudah menyebut nama itu lebih awal, menyuruh rakyat membenci Soros untuk melepaskan dirinya.

Akhirnya dia berbaik dengan Soros dan sekarang bersekongkol dengan Soros untuk menjahanamkan negara dengan bekerjasama bersama puak puak BERSIH dan media “Soroskini” untuk menjatuhkan pemimpin Melayu Islam Datuk Seri Najib Razak.

Ketika Tun Mahathir memetik nama “Goebbels” ketika mengkritik Perdana Menteri, kita harus faham , apa yang Tun Mahathir tuduh kepada orang lain adalah sebenarnya dia sendiri yang mengamalkan perkara itu.

Tun Mahathir sedang menanam “kawalan minda” kepada rakyat Malaysia hari hari dengan laungan “Najib curi duit, Najb curi duit” walaupun tanpa sekali menyebut berapa haribulan dan mana dokumen bukti curi untuk dijadikan sandaran kes.

Tiada Ketua Kewangan dan akuantan di mana mana atas perut bumi ini yang berani alihkan wang hanya dengan arahan mulut. Bahkan penerima wang pun mahukan dokumen dan sesuatu sebagai “proof of money transfered and remmited”.

Bank di ceruk hutan Timor Leste pun ada bukti tarikh dan waktu untuk bukti wang beralih.

Ketika Tun Mahathir menuduh Anwar meliwat pemandunya pun kes menjadi bahan gelak kerana Polis terpaksa memikul tilam untuk dibawa ke mahkamah.

Mana mungkin alih wang berbillion tiada berbukti , sedangkan Tun Mahathir tuduh Anwar “suntut” belakang pun bawa tilam dan ada tarikh kejadian , namun isu Najib curi wang pula tiada bertarikh dan tiada berdokumen arahan.

Siapa Tun Mahathir mahu bodohkan?

Mungkin amalan dan tabiat memberi arahan hanya dengan lidah adalah amalan Tun Mahathir sekian lama ketika menjadi Perdana Menteri dan kemudian mencuci tangan dan jika apa apa terjadi “orang itu” yang lakukan arahanlah yang kena.

Tetapi Tun Mahathir bukan peduli akan itu semua, dia mahu pastikan rakyat terutama yang bersikap negatif , mempercayainya , minda mereka mesti berada dalam kedudukan di “tawan” dengan propaganda Mahathir.

Kini nyata sekali Tun Mahathir amat takut jika isu 1MDB berakhir dan beliau cuba alihkan kepada isu halal haram mengerjakan Haji di bawah tajaan 1MDB.

Isu 1MDB adalah nyawa politik Mahathir. Sebagai seorang tua , Tun Mahathir keliru, siapa curi duit siapa.

Jika pendirian diri sendiri selama 22 tahun pun Tun Mahathir boleh keliru dan kemudian berubah, apatah lagi isu ciptaannya sendiri.

Adakah 1MDB menaja jemaah sebagai haram kerana 1MDB  guna duit 1MDB? Maka tidak mabrur?

Atau haram kerana 1MDB masih berhutang? Macam PROTON dulu?

Kini, selain zikir 1MDB yang sudah beralih kepada haji 1MDB tidak mabrur , Tun Mahathir masih mahu rakyat berada di bawah kawalan minda nya dengan isu seperti negara “akan” bankrap dan pentadbiran Najib membawa kehancuran dan negara perlu diselamatkan.

Kepada otak yang sudah di tawan, Tun Mahathir , mereka gagal berfikir, bahawa anak Tun Mahathir sendiri gagal dikawal nya dengan mereka bebas ber”songsang” dan berbangga berselfie berkenaannya.

Kepada yang percaya negara akan lingkup dengan kawalan minda Tun Mahathir perhatikan sahaja adakah sesiapa anak Mahathir menjual saham syarikat mereka dan lari keluar negara?

Tun Mahathir menunggang harimau (riding a tiger) dia tidak boleh turun darinya, dia khuatir dia akan di baham oleh harimau yang dia tunggang jika dia turun.

Tun Mahathir sebenarnya pengecut dan perlu berlagak berani dengan menyerang orang nombor 1 negara sebagai menunjukkan dia berani.

Tetapi di masa yang sama Tun Mahathir amat takut anaknya tidak dapat mewarisi kuasa negara bukan kerana  menjadi Perdana Menteri itu sangat penting, tetapi melaksanakan “sesuatu” yang sulit untuknya apabila menjadi Perdana Menteri itu yang penting.

Akhir sekali, tanyalah kepada Tun Mahathir , mana bukti berkenaan 1MDB , mana bukti kepada segala tuduhan , jika Najib mencuri, berapa haribulan dia mencuri, tuduh tanpa bukti dan beri pelbagai alasan dan aju soalan tambahan  untuk elak memberi bukti ada lah kerja haram juga,

Penciptaan isu perniagaan menjadi isu politik adalah “Ponzi Scheme” Mahathir yang terhebat alaf ini.

Menuduh haji 1MDB itu haram dan tidak mabrur tetapi perbuatan Tun Mahathir menuduh dan memfitnah tanpa pernah bawa bukti itulah sebenarnya bapa segala haram.

Akhir sekali, rakyat harus tanya diri mereka, adakah minda mereka sudah ditawan oleh Tun Mahathir?

Sebahagian yang masih taksub pada Mahathir itu tidak sedar bahawa Mahathir sekarang menggunakan strategi Big Lie yang pernah digunakan Goebbels, Menteri Propaganda Nazi untuk mengkecamuk dan mengelirukan rakyat Malaysia hari ini.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...