UtamaDUNIAMAKLUMAT INTERPOL BOM DALAM...

MAKLUMAT INTERPOL BOM DALAM PENERBANGAN KE KL: TIGA PENERBANGAN TERJEJAS, LAPANGAN TERBANG MUMBAI BERJAGA-JAGA - pakdin.my

20170111-mumbai-airport-ancaman-bomb

MUMBAI: Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Mumbai diletakkan dalam keadaan berhaga-jaga selepas menerima maklumat Interpol mengenai bom dalam penerbangan ke Kuala Lumpur malam Isnin, lapor Times of India.

Agensi-agensi keselamatan melakukan carian ke atas tiga pesawat – dua penerbangan Malaysia Airlines dan sebuah pesawat Malindo Air untuk mencari objek-objek yang mencurigakan.

Lebih daripada 400 penumpang dan 500 daftar masuk bagasi telah menjalani pemeriksaan keselamatan secara menyeluruh.

Skuad pengesan bom dan serta anjing pengesan turut dikerahkan.

Penerbangan telah ditangguhkan sehingga lima jam disebabkan pemeriksaan keselamatan.

Menurut laporan itu, Biro Pusat Penyiasatan (CBI), perkhidmatan keselamatan dan perisikan domestik India, telah menerima input risikan melalui Interpol tentang bom dalam penerbangan ke Kuala Lumpur.

Terdapat satu lagi amaran dari sumber yang berbeza, kira-kira pukul 9.50 malam Isnin.

Dilaporkan, VoIP (panggilan suara melalui internet protokol) dan pemanggil tanpa nama telah bercakap mengenai bom dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dan diputuskan selepas mesej itu disampaikan.

Agensi-agensi keselamatan membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas semua tiga penerbangan ke Kuala Lumpur iaitu pesawat penerbangan Malindo Air OD-216 pukul 11.15 malam dengan 140 penumpang, pesawat Malaysia Airlines MH-195 pukul 11.25 malam dengan 158 penumpang dan MH-187 pukul 2 pagi dengan 145 penumpang.

“Penumpang yang menaiki pesawat itu telah dimaklumkan mengenai panggilan bom itu dan diminta untuk turun dari pesawat bagi menjalani pemeriksaan keselamatan sekali lagi,” Times of India memetik seorang pegawai polis sebagai berkata.

“Tidak seorang penumpang pun merungut atau mencetuskan kekecohan. Sebaliknya, mereka sendiri tampil dan meminta kami membuat pemeriksaan, mereka tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku di udara,” kata pegawai itu.

Pemeriksaan keselamatan bermula kira-kira pukul 10 malam Isnin dan berakhir pada 6.23 pagi Selasa.

Pesawat Malindo Air tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11.20 pagi Selasa sementara MH195 tiba pada 11.35 pagi dan MH187 pada pukul 1.56 tengahari.

“Dalam tempoh pemeriksaan selama sembilan jam, beg tangan, bagasi daftar masuk, kabin penumpang, bahagian kargo, botol minuman keras di atas kapal, segala-galanya telah diperiksa.

“Kami kemudian membuat kesimpulan bahawa ia adalah panggilan palsu,” kata satu sumber kepada akhbar itu.

Baru-baru ini terdapat dua kejadian serangan bom di lapangan terbang.

Pada Mac tahun lepas, dua pengebom berani mati, membawa bahan letupan dalam bagasi, menyerang balai berlepas di Lapangan Terbang Brussels.

Kemudian pada Jun 2016, dua penyerang melepaskan tembakan dan meletupkan bom berhampiran sebuah pusat pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Atatürk di Istanbul, Turki.

Penyerang ketiga mencetuskan letupan di tempat letak kereta di seberang jalan dari terminal.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...

[VIDEO] Gempa Taiwan: Kereta api tergelincir, kedai serbaneka runtuh

TAIPEI: Gempa bumi sekuat 6.8 skala Richter yang menggegarkan tenggara Taiwan hari ini menyebabkan kereta api tergelincir dari landasan dan sebuah kedai serbaneka runtuh. Setakat...

[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU

Laungan “bubar” bergema di Stadium Titiwangsa ketika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memulakan ucapan sempena pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional 2022. “Saya dengar dengan jelas,...

[VIDEO] “Sikit jer lagi” : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat bakal jadi mimpi ngeri oposisi?

Sekali lagi di hadapan hadirin dalam majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) 2022, PM9 Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden UMNO berjanji...

Soalan untuk Ketua Hakim Negara

Tun Maimun kata, jangan komen penghakiman yang telah dibuat. Tanya dulu, apatah lagi jika ia bukan bidang kita. Sebenarnya banyak kali ditanya. Tetapi tidak...

[VIDEO] Andai UMNO-BN kembali berkuasa, Zahid ikrar tiada langkah politik balas dendam

Kerana setiap rakyat (tidak kira apa warna politiknya) berhak mendapat keadilan secara saksama. Inilah UMNO-BN, koalisi politik berprinsip dan akan terus teguh mempertahan dan mendaulatkan...

[VIDEO] Suami berselisih faham ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik, dilarikan ke Thailand

KOTA BHARU – Perselisihan faham antara suami kepada seorang ejen jualan kosmetik dengan ahli sindiket dadah dipercayai menjadi punca wanita itu diculik di rumahnya...

[VIDEO] Pedas dan tajam kritikan Dr. Tawfik : “Kekuatan politik Bersatu itu palsu, PAS kena sedar!”

https://youtu.be/Tq0IaeIDlLs Apapun kami percaya penganalisis sohor dari Universiti Malaya, Dr. Tawfik Yaakub ini menegur PAS dengan penuh kasih sayang walaupun nadanya keras. Jika melihat kepada siri-siri...