Friday, June 21, 2024
26.6 C
Kuala Lumpur

TRUMP PECAT 80 DUTA AMERIKA DI SELURUH DUNIA- pakdin.my

WASHINGTON: Sejurus mengangkat sumpah sebagai Presiden Ke-45 Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memecat semua dutanya di luar negara dan tiada senarai pengganti disediakan.

Trump mengarahkan semua dutanya di seluruh dunia, yang dilantik bekas Presiden Barack Obama, meninggalkan pejabat menjelang tengah hari tanpa memberikan tempoh penangguhan.

Pasukan peralihan Trump dilaporkan berkata pada 23 Disember lalu, ‘tiada lagi pengecualian’ bagi duta untuk meminta melanjutkan perkhidmatan, selepas majlis angkat sumpah presiden, berbanding yang dilaksanakan presiden sebelum ini.

Arahan juga tertakluk kepada duta yang mempunyai anak kecil.

Bagaimanapun, kebiasaannya duta yang dilantik secara politik akan meletak jawatan pada permulaan pentadbiran baharu tetapi tanpa senarai pengganti adalah perkara baharu.

Seramai 80 duta dilantik ke sesebuah negara, agensi dan isu seperti duta bagi isu wanita global, dipecat.

Tindakan itu menyebabkan AS tidak mempunyai wakil yang disahkan Senat selama beberapa bulan, selain tiada hubungan terus dengan Trump, termasuk di negara yang mempunyai hubungan sensitif dengan AS.

Antaranya, Jerman, Britain dan Kanada, selain sekutu penting lain seperti China, India, Jepun dan Arab Saudi. Proses bagi menggantikan duta lantikan politik oleh Kongres akan mengambil tempoh yang panjang.

Beberapa pelantikan sudah dibuat setakat ini dengan Gabenor Carolina Selatan, Nikki Hayley sebagai duta ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggantikan Samantha Power.

Peguam yang diisytiharkan muflis, David Friedman, dilantik sebagai Duta ke Israel dan Gabenor Iowa, Terry Branstad pula menjadi wakil Trump di China.

Bekas isteri Trump, Ivana, dilaporkan meluahkan minat menjadi duta ke negara asalnya, Republik Czech.

Hasrat itu disokong presiden negara itu, Milos Zeman, yang dilaporkan berkata: “Tiada siapa yang lebih baik untuk menjadi duta Amerika ke Prague”.

20170121-donald-trump-pecat-duta

Berkaitan

Popular

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada Jumaat (14 Jun).

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.

Kerja pembinaan jambatan baharu Thailand-Malaysia di Sungai Golok akan dimulakan pada April 2025

Jambatan Berkembar, projek pembinaan besar-besaran di Rantau Panjang-Sungai Golok, dijangka bermula pada April 2025.

Jet Flydubai membuat pendaratan kecemasan di U-Tapao Thailand

Sebuah pesawat flydubai dari Dubai ke Filipina melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang U-Tapao di Rayong, Thailand pada awal pagi Sabtu 15 Jun 2024 selepas peralatan pendaratannya gagal digunakan.

Topik

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas tembakan

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kebakaran di pusat beli-belah SkyAvenue Resorts World Genting

Sebuah bangunan di Resorts World Genting di Genting Highlands terbakar petang 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.