BERITAWANITA DISAMUN DI BATANG KALI, POLIS BURU 4 LELAKI

WANITA DISAMUN DI BATANG KALI, POLIS BURU 4 LELAKI

HULU SELANGOR: Seorang pemilik kedai runcit berdepan detik cemas apabila hampir ditetak oleh empat lelaki bersenjatakan parang yang bertindak menyamun premis berkenaan serta melarikan wang tunai RM1,700 dalam kejadian di Jalan Meranti 2, Batang Kali dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, empat suspek yang memakai topeng muka serta bersarung tangan telah masuk ke premis tersebut sebelum bertindak menghayunkan parang ke arah wanita berkenaan namun dia sempat menahan lalu terkena jari kanan dan kiri sehingga menyebabkan luka.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden R. Supramaniam berkata, suspek telah merampas wang di dalam mesin kaunter sebanyak RM1,000 dan beg duit milik mangsa yang mengandungi kad pengenalan, lesen, kad pengeluaran wang automatik, MyKid anak mangsa, wang tunai berjumlah RM700 dan kunci motosikal bersama cukai jalan.

“Suspek melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Waja dan hasil pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran digunakan adalah palsu.

“Kita kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian bagi mengesan keempat-empat suspek terbabit.

Orang ramai atau saksi yang melihat kejadian untuk tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan dengan menghubungi talian 03-60641222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Azhari di talian 013-3881916,” katanya di sini hari ini.

Tambah Supramaniam, pihaknya menjalankan siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja menyebabkan cedera ketika melakukan rompak.

20170201-samun-batang-kali-2

20170201-samun-batang-kali-1

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami