Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIK20 SEN MINYAK MELALAK,...

20 SEN MINYAK MELALAK, 20 SEN BEG PLASTIK BISU - pakdin.my

Seperti kelaziman, setiap kali masuk bulan baharu pastinya para penyokong pembangkang akan ‘melalak’ dek kerana perubahan harga minyak.

Namun, jika tiada sebarang kenaikan harga pula, orang yang sama tidak pula mengucap syukur dan terima kasih. Kalau harga turun diam pulak.

Inilah budaya netizen kita khususnya dalam media sosial. Pakar segala bidang. Semalam ramai “pakar minyak” muncul di Facebook dan Whatsapp.

Walaupun kerajaan telah menggunapakai kaedah apungan harga minyak dunia, yang mana kuasa untuk naikkan atau turunkan harga minyak bukan terletak sepenuhnya kepada Kerajaan, namun kesalahan tetap juga dihalakan kepada Perdana Menteri.

Peliknya sikap netizen kita jelas kelihatan bila mana caj 20 sen untuk beg plastik di Selangor tidak mereka runsingkan. Walhal, jika kita conggak semula, caj beg plastik itu amat membebankan pengguna berbanding kenaikan 20 sen harga minyak.

Bayangkan, kita isi minyak seminggu sekali penuh 20 liter. Ia bermakna kita hanya perlu menambah perbelanjaaan sebanyak lebih kurang RM4 untuk Ron95 seminggu.

Berbanding jika kita pergi ke kedai setiap hari, termasuk hujung minggu yang mana kuantiti yang lebih banyak digunakan bila ke pasar. 3 beg plastik secara purata sehari, dalam seminggu. Puratanya 60 sen sehari.

Maka untuk seminggu kita terpaksa menambah perbelanjaan sebanyak RM4.20 seminggu untuk beg plastik.

Jadi, mana lebih membebankan rakyat dalam seminggu? Jika sebulan kos tambahan untuk minyak 20 sen adalah RM4 x 4 minggu = RM16. Untuk beg plastik, RM4.20 x 4 = RM16.80.

Yang mana lebih beban? 20 sen harga minyak atau caj 20 sen untuk mendapatkan seunit beg plastik di setiap pasaraya seluruh Selangor?

Malah untuk rekod, sejak dari 2015 hingga Februari 2017 iaitu selama 26 bulan, sebanyak 9 kali harga minyak mencatatkan penurunan serta 6 kali tiada sebarang perubahan harga.

Turun lebih banyak daripada naik. Semuanya ini berlaku pada zaman kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bila harga getah dan harga sawit naik di pasaran meningkat sehingga menjadi antara yang paling tinggi dalam sejarah, diam pulak geng geng pembangkang.

Netizen khususnya penyokong pembangkang tidak pula bersuara. Lari masuk gua bila harga getah dan sawit naik. Mereka hanya berdiam diri dan bersifat ‘super ego’ enggan mengucapkan syukur.

Maka jelaslah kepada kita bagaimana pembangkang cuba memanipulasi fakta di media sosial agar dapat menggaburi mata dan akal para penyokongnya sendiri. Hanya bila minyak naik, mereka pun mula lah mencucuh api kebencian.

Yang dijadikan ‘kambing hitam’ adalah pihak kerajaan dan Perdana Menteri. Walhal, di sebalik semua ini masih ada perkara yang lebih teruk berlaku di negeri diperintah Pakatan Pembangkang seperti di Penang dan Selangor.

Lepas ni kalau harga minyak turun pada Mac dan April, apa mereka nak cakap? Masih hendak melalak atau bersyukur dan terima kasih?

20170202-minyak-naik-harga

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674