BERITA POLIS TAHAN LELAKI CUBA BAKAR KAABAH

[VIDEO] POLIS TAHAN LELAKI CUBA BAKAR KAABAH

RIYADH: Polis Arab Saudi berjaya menumpaskan tindakan seorang suspek yang cuba membakar Kaabah di Kota Mekah, lapor akhbar dalam talian Sabq pada Selasa menurut agensi berita China Xinhua.

Saksi kejadian memberitahu akhbar itu, beliau melihat seorang lelaki menyiram gasolin ke atas kain yang menutup Kaabah dan segera memaklumkannya kepada polis bertugas di masjid berkenaan.

Lelaki itu kemudiannya berjaya ditahan.

Setakat ini, tiada sebarang maklumat rasmi dikeluarkan berhubung insiden itu namun menerusi laporan akhbar mengesahkan kejadian dipercayai berlaku kira-kira 11.11 malam waktu tempatan pada Isnin.

Namun motif tindakan suspek itu masih tidak dapat dipastikan sehingga kini.

Sejak kebelakangan ini tempat suci sering menjadi sasaran kumpulan militan IS.

Pada Mei 2016 polis Arab Saudi berjaya menghalang malapetaka lebih besar daripada berlaku apabila seorang pengebom bunuh diri cuba memasuki masjid Nabi di Madinah, menyebabkan penyerang dan 4 anggota polis terbunuh manakala lima lagi cedera.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Mengenai kami