Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKRCI BAKAL UBAH PANDANGAN...

RCI BAKAL UBAH PANDANGAN RAKYAT TERHADAP MAHATHIR - pakdin.my

Ketika topik ini ditulis kami telah terdengar desas- desus bahawa kerja belakang tabir telah diusahakan oleh kem Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi menggagalkan sebarang cadangan penubuhan Suruhajaya Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal mega yang berlaku pada zaman pemerintahannya.

Malah penulis terkenal Raja Petra Kamarudin di portal Malaysia Today telah mendedahkan bahawa pihak Mahathir telah menghubungi Tengku Adnan berkenaan urusan ini.

Ini jelas menampakkan ada sesuatu yang rakyat tidak tahu selama berpuluh tahun hal ehwal wang negara telah dipergunakan untuk tujuan tidak baik.

Setelah skandal BMF muncul , kini desakan supaya dibuka semula kes kehilangan wang rakyat pada dagangan wang FOREX juga dibangkitkan oleh pelbagai pihak.

Selama isu FOREX, yang tidak berapa diketahui oleh rakyat kerana media sehala yang wujud pada zaman itu tidak mengizinkan rakyat berbual sesama sendiri seperti dalam media sosial, maka mereka tidak dapat menjadi juri, hakim, saksi dan pendakwa raya seperti isu 1MDB.

Berbeza dengan isu 1MDB di mana penyapu jalan, mat rempit dan pemandu teksi juga dapat menjadikan diri mereka sebagai hakim mahkamah tinggi, pendakwaraya . dan juga saksi walaupun dengan pengetahuan yang sedikit serta maklumat serong.

Maka layak sungguh jika skandal mega FOREX dibuka semula untuk siasatan memandangkan terdapat terlalu banyak keraguan. Jumlah kerugian juga berbeza dari orang berbeza yang sama-sama terbabit dalam hal kehilangan wang rakyat itu.

Maka dalam satu kes pun jumlah rasminya berbeza, maka tentu ada yang tidak kena.

Jika rakyat prihatin kepada isu derma RM2.6 billion, maka mereka yang dikategorikan sebagai gila sahaja tidak berminat untuk mengetahui apa terjadi pada skandal kehilangan wang rakyat melalui Bank Negara Malaysia.

Keperluan untuk membuka kes itu bukan dikira sama ada ia lama atau baru, ia adalah berkaitan wang rakyat.

Sangat tidak adil jika kakitangan kerajaan dipenjarakan kerana menipu tuntutan sejumlah RM2,000 sedangkan pihak yang melesapkan wang berpuluh bilion lepas begitu sahaja.

Itu pun masih diragui sama ada wang sebenar adalah “kerugian” atau pun “kecurian”?

Atau kedua nya sekali, sambil ada kerugian , maka ada juga kecurian kerana jumlahnya tidak “tally”.

Jika dirujuk kepada bekas Gabenor iaitu Datuk Jafar Hussien, ia berjumlah RM 5.7 bilion, tetapi jika dirujuk pada bekas timbalan gabenor, Datuk Murad, ianya RM44 bilion.

Disebabkan perbezaan itulah maka siasatan harus dibuat untuk menentukan berapa sebenarnya kerugian dan berapa sebenarnya kecurian.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam kenyataannya pada beberapa hari lalu ada menyatakan kerajaan akan berbincang untuk menentukan sama ada kes akan dibuka atau pun tidak pada pembentangan mesyuarat Kabinet akan datang.

Apa yang menarik, individu paling menjadi perhatian adalah Mahathir.

Selama ini beliau “enjoy” dengan watak sucinya dan sering terlepas dengan pelbagai skandal tetapi kali ini dipercayai Mahathir berada dalam bahaya kerana catatan di dalam blognya juga boleh digunakan ketika siasatan dan jika didapati jawapan ketika inkuari terdapat perbezaan tentu sekali beliau boleh dikira sebagai berbohong.

Jika RCI ini dapat berlangsung ramai juga watak “mangsa” yang terpaksa menerima hukuman akan tampil untuk memberitahu hal sebenar tanpa tekanan kerana siasatan ini bukan datang dari kerajaan yang mereka takuti iaitu kerajaan Mahathir tetapi oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Hal ini merujuk kepada kedua-dua skandal, iaitu BMF dan juga FOREX. Ramai juga mengetahui mereka yang dipenjarakan dalam kes BMF sebenarnya terpaksa mengaku dan menerima hukuman bagi pihak lain.

Dan pada pengakuan kes FOREX yang dibuat oleh Datuk Jaafar Hussin sebagai Gabenor Bank Negara, di mana arwah mengaku kesilapan dan meletak jawatan, menantunya Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed telah membuat kenyataan bahawa bapa mentuanya adalah “fall guy” yang terpaksa mengaku silap bagi pihak lain.

Maka ini tentu menjadikan kedua kes sama ada BMF atau pun FOREX bertambah menarik.

Apa yang pasti apabila inkuari bermula tentu rakyat yang sentiasa `perasan’ mereka bijak akan dapat menilai sendiri apa sebenarnya terjadi.

Dan pada masa yang sama dapat melihat betapa watak `Mahathir’ dan Daim’ memainkan peranan mereka di belakang tabir dengan mengunakan pihak lain.

Ia satu `trademark’ kerajaan Mahathir bagi mereka yang arif perlaku Mahathir, sekaligus pandangan mereka terhadap Mahathir akan berubah. Jika mereka tetap sokong pun mereka akan sokong dalam keadaan serba salah.

20170210-skandal-bmf-forex-rci-mahathir

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: kidr[email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883