Remaja Gagal Buang Bayi Ditahan Di Batang Kali - pakdin.my

Polis menahan seorang remaja perempuan berumur 19 tahun dipercayai cuba membuang bayi lelaki yang baru dilahirkannya di belakang rumahnya di Bandar Utama, Batang Kali, Hulu Selangor awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata, remaja itu mendakwa menemui bayi lelaki yang dibalut kain hitam dan masih bertali pusat itu tergantung pada jeriji tingkap biliknya selepas mendengar tangisan bayi itu pada kira-kira pukul 7.30 pagi.

“Hasil siasatan mendapati remaja itu yang merupakan anak perempuan pemilik rumah berada dalam keadaan mencurigakan dan lemah menyebabkan polis menahannya untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Supramaniam berkata, remaja itu akhirnya mengaku melahirkan bayi itu di dalam biliknya pada pukul 6.45 pagi.

Kelahiran itu hasil hubungan dengan teman lelakinya.

Remaja itu menipu ibunya dengan menyatakan bahawa dia terjumpa bayi tersebut pada jeriji tingkap belakang rumahnya.

Beliau berkata, polis turut menahan seorang lelaki berusia 17 tahun iaitu teman lelaki remaja berkenaan bagi membantu siasatan.

Katanya, remaja itu turut ditahan dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan dan rawatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

20170301-remaja-lahir-bayi-batang-kali

UTAMABERITARemaja Gagal Buang Bayi Ditahan Di Batang Kali

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium