Friday, June 21, 2024
26.6 C
Kuala Lumpur

Muhyiddin Tolak RUU 355 Kerana Takut Kepada DAP- pakdin.my

Malam 13 Mac lalu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata secara prinsipnya Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin telah bersetuju untuk menyokong pindaan RUU 355.

Menurut Tuan Ibrahim, sokongan dari Muhyiddin itu adalah hasil daripada perbincangan yang telah dilakukan dalam mesyuarat antara PAS dengan pemimpin utama PPBM tersebut.

Namun, apabila ramai yang mempersoalkan bahawa adakah PPBM sudah mula mahu tikam belakang DAP apabila berbeza pendirian menyokong pindaan RUU 355, maka Muhyiddin tampil dalam suatu sidang media partinya menafikan perkara tersebut pula.

Apakah ini bermaksud Tuan Ibrahim berbohong atau Muhyiddin yang berbohong? Siapa yang bercakap benar sebenarnya?

Kata Muhyiddin, ia sekadar ‘andaian’ dan tidak bermaksud bahawa parti pimpinannya itu akan menyokong pindaan RUU 355 berkenaan di Dewan Rakyat.

Sikap ‘flip flop’ Muhyiddin ini agak meragukan. Mana tidaknya, semasa bertemu kepimpinan PAS, Muhyiddin menyatakan harapan untuk sokong RUU 355. Tetapi setelah diketahui pihak media, dia bernada lain pula.

Tidak mustahil ini berlaku kerana Muhyiddin sudah mula takut kepada DAP. Umum mengetahui, DAP merupakan taiko terbesar dalam Pakatan Harapan yang mampu mencatur segalanya bagi pihak pembangkang.

Apa sahaja yang DAP suka, parti lain wajar untuk menyokong. Namun, apa sahaja yang DAP benci, parti pembangkang lain haruslah tidak menyentuhnya.

Begitu juga dengan pindaan RUU 355. DAP merupakan sebuah parti sekular yang membantah pindaan tersebut. Apabila tiba-tiba Tuan Ibrahim nyatakan kepada media bahawa Muhyiddin pada dasarnya mahu menyokong RUU 355, maka tak mustahil ini membuatkan DAP sudah ‘murka’.

Agar memastikan dirinya terus selamat di dalam pakatan pembangkang, maka tak mustahil Muhyiddin dengan penuh keterpaksaan menafikan pendedahan Tuan Ibrahim tersebut.

Maka, siapa yang menguasai siapa sekarang ini Muhyiddin sudah benar-benar takut kepada DAP. Takut sangat sampai terpaksa berbohong menafikan perjumpaan dengan Tuan Ibrahim.

Berkaitan

Popular

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada Jumaat (14 Jun).

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.

Kerja pembinaan jambatan baharu Thailand-Malaysia di Sungai Golok akan dimulakan pada April 2025

Jambatan Berkembar, projek pembinaan besar-besaran di Rantau Panjang-Sungai Golok, dijangka bermula pada April 2025.

Jet Flydubai membuat pendaratan kecemasan di U-Tapao Thailand

Sebuah pesawat flydubai dari Dubai ke Filipina melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang U-Tapao di Rayong, Thailand pada awal pagi Sabtu 15 Jun 2024 selepas peralatan pendaratannya gagal digunakan.

Topik

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas tembakan

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kebakaran di pusat beli-belah SkyAvenue Resorts World Genting

Sebuah bangunan di Resorts World Genting di Genting Highlands terbakar petang 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.