Pembangkang Penipu, Perangkap Rakyat – PM - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Rakyat dinasihati menyemak dan meneliti setiap berita yang disebarkan pembangkang supaya tidak terperangkap dengan agenda jahat mereka, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, pembohongan sudah sebati dengan pembangkang, termasuk isu kilang Lynas dan 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh, yang dijaja pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

“Terbukti semua ini pembohongan semata-mata. Berita yang disebarkan pembangkang bukan dibuat berdasarkan fakta yang sahih, sebaliknya untuk mengelirukan rakyat supaya marah kepada kerajaan.

“Bagi mereka, berbohong perkara biasa, asalkan dapat raih undi buat mereka,” katanya menerusi entri terbaharu di Facebook rasminya, sebentar tadi.

Najib berkata, isu Lynas hangat diperkatakan angkara agenda pembangkang yang memberi gambaran seolah-olah wujud sebuah kilang nuklear yang membahayakan penduduk kerana mengeluarkan radiasi tinggi.

Bagaimanapun, katanya, isu itu kini senyap sepi, malah ‘batang hidung’ mereka yang mencanang pembohongan berkenaan kepada rakyat terus lesap.

“Laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa menunjukkan tahap radiasi di kawasan kilang itu sendiri lebih rendah berbanding di Kuantan.

“Sehubungan itu, menjelang PRU-14, saya menyeru rakyat semua, semak dan teliti setiap berita yang disebarkan oleh pembangkang.

Jangan terperangkap dengan agenda jahat mereka,” katanya.


Propaganda Pembangkang Terhadap Lunas Terbukti Mengarut

Kilang Lynas di Gebeng kini sudah 5 tahun beroperasi tanpa sebarang insiden.

Tahap radiasi adalah purata 0.65 mSv/y di kilang manakala dos radiasi di Kuantan adalah pada 1.19 mSv/y – kedua-duanya di bawah 20 mSv/y had dos tahunan yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

“Ringkasnya, dos radiasi yang seorang individu alami daripada menonton televisyen tiub sinar katod (CRT) yang popular pada 60-an ke 90-an adalah lebih tinggi daripada tahap dos di kilang Lynas.

Lynas Corp Ltd, yang setakat ini telah melabur lebih RM2.7bil di Malaysia, akan terus membelanjakan lebih RM300 juta setiap tahun di negara ini,

Lynas mempunyai lebih daripada 550 pekerja tempatan dan sebilangan pekerja dari negara lain termasuk Australia, Perancis, Sweden dan England.

Untuk beberapa tahun, sebelum kilang Lynas bermula, Pakatan telah mengambil kesempatan dan memuntahkan semua jenis penipuan untuk menghasut orang ramai dan menipu untuk mendapatkan undi mereka.

Ungkapan seperti MUTANT, SELAMATKAN GENERASI AKAN DATANG, LOJI NUKLEAR, RADIOAKTIF Dan sebagainya digunakan.

DAP Lim Guan Eng walaupun kantoi pada video secara terang-terangan berbohong dalam ceramah memberi amaran bahawa Lynas adalah loji nuklear (ia adalah kilang pemprosesan mineral lah bangang) dan akan meletup!

Lima tahun kemudian, Rakyat tahu mereka  ditipu sekali lagi – seperti pengundi Bangla, isu Blackout.

Malah, satu-satunya Mutan mungkin kita nampak selepas 5 tahun adalah Wong Tack yang ketika itu menggunakan isu Lynas untuk menjadi calon DAP.

Sekarang macai Pakatan sunyi sepi mengenai Lynas. Mungkin kita boleh bertanya kepada mereka bila sebenarnya kilang akan meletup seperti bom nuklear?

Mungkin rakyat sekarang tahu bahawa mereka hanya ditipu dan di takut-takutkan oleh DAP dan Pakatan dan semua perkara hanya satu kempen pilihanraya oleh Wong Tack.

Apa ke bangang sangat dan sampai bila nak di bodohkan oleh Pakatun?

Rujukan:

http://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/12/09/lynas-has-invested-rm2pt7bil-in-msia-and-targets-rm300mil-more-annually/

http://www.thesundaily.my/news/2090314

http://www.thestar.com.my/metro/community/2016/12/13/debunking-radiation-myth-roundtable-discussion-provides-hard-facts-on-companys-operation-in-kuantan/

Live radiation monitoring:

https://175.142.36.205/public/map/mapselection.php?nav=viewmap

UTAMAPOLITIKPembangkang Penipu, Perangkap Rakyat - PM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium