UtamaPOLITIK Persidangan DUN Selangor:...

[Video] Persidangan DUN Selangor: DAP Hina 'Tok Lebai' - pakdin.my


https://youtu.be/F54oqM0vY2Q

Selain daripada ucapan yang benar-benar teruk dan menghina, ucapan ADUN DAP ini juga penuh dengan kesilapan. Jika saya adalah ADUN, saya akan m beliau kerana mengelirukan dewan.
—-
Barisan Nasional (BN) Selangor berang kerana DAP menggunakan istilah “tok lebai” untuk meminta pihak tertentu menegur pimpinan mengenai kesan rasuah kepada negara dan tadbir urus kerajaan.

Bagi Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang), penggunaan gelaran “tok lebai” oleh Adun DAP dalam ucapan yang dianggap “tidak ada haluan” sudah menghina orang Islam.

“Saya nak tegur DAP yang menggunakan perkataan ‘tok lebai’. Dalam agama Islam, dan kadang-kadang orang Melayu, ‘tok lebai’ merujuk kepada agamawan, iaitu orang yang dihormati sebagai guru agama, ahli agama, paling tidak pun untuk tok imam.

“Tapi bila guna bidasan ‘tok lebai’ dengan hujah yang saya rasa tidak ada haluan, ini satu penghinaan kepada orang Islam,” katanya kepada pemberita di ruang legar Dewan Negeri Selangor hari ini.

Terdahulu, Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) menegur “tok lebai” dalam ucapan di dalam dewan berkaitan rasuah dan penyelewengan.

Weng San menggesa Selangor menjadikan pengisytiharaan aset secara terbuka sebagai kehendak mandatori dari segi undang-undang, bagi mempertahankan pegawai atasan kerajaan dan wakil rakyat dari tidak terjerumus rasuah.

“Masalah rasuah bukan calang-calang isu. Persepsi rasuah serius dan menjejaskan iklim pelaburan negara, akibat pentadbiran kewangan yang lemah displin dan sarat dengan penyelewengan.

“Ada ‘tok lebai’ di dalam dewan ini mengatakan isu 1MDB sudah lapuk,” kata Weng San, tanpa menamakan mana-mana orang agama dari parti tertentu.

Sulaiman bangun mencelah dan mempertikaikan penggunaan perkataan oleh Weng San.

“Sebut 2-3 kali ‘tok lebai’, apa maksud ‘tok lebai’? Apakah mahu menghina agama Islam atau tuju kepada siapa? Ulama? Ahli majlis fatwa?”

“Itu imej yang baik untuk orang Islam. Tarik balik perkataan itu,” kata Sulaiman dalam dewan hari ini.

Timbalan Speaker Mohd Shafie Ngah bersetuju dengan Sulaiman dan meminta Weng San menghentikan penggunaan gelaran itu dalam ucapannya.

“Saya mohon maaf sekiranya perkataan ‘tok lebai’ menyinggung perasaan mana-mana pihak,” katanya.

Minggu lalu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menyindir rancangan “tok lebai” mahu menawan Selangor, selepas Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz mengesahkan hasrat presidennya, Datuk Seri Hadi Awang.

 

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...