[Video] Azizul Hasni Awang Raja Keirin Dunia - pakdin.my


https://youtu.be/1l3IVw92_CI

Azizulhasni Awang mencatat satu lagi kejayaan besar apabila menjuarai acara keirin dalam Kejohanan Dunia Trek di Hong Kong untuk muncul pelumba berbasikal pertama negara melakukannya hari ini.

Pelumba dari Dungun, Terengganu itu juga menjadi pelumba Asia kedua menang dalam kejohanan paling prestij ini selepas Harumi Honda dari Jepun melakukannya pada 1987.
Azizul, yang terkenal dengan jolokan nama The Pocket Rocket Man, menamatkan penantiannya selama 10 tahun untuk meraih pingat emas Kejohanan Dunia dengan mengalahkan pelumba dari Colombia, Fabian Hernando Puerta Zapata 0.382 saat di belakangnya. Tomas Babek dari Republik Czech pula menduduki tempat ketiga (+0.417 saat).
Pemenang gangsa Sukan Olimpik Rio itu terdahulu melalui detik sukar apabila tersingkir di pusingan kedua selepas menamatkan persaingan di tangga keempat.
Namun dia berjaya meloloskan diri setelah pelumba Jerman, Joachim Eilers yang menduduki anak tangga ketiga dalam pusingan kelayakan itu dibatalkan penyertaan kerana menghalang Azizulhasni untuk memintasnya.
Keputusan tersebut sekali gus membolehkan pelumba berusia 29 tahun itu bersaing di pentas akhir keirin melibatkan enam pelumba.
Dengan kemenangan itu, Azizul kini merupakan pemegang jersi pelangi dengan warna asas putih serta lima jalur mendatar berwarna hijau, kuning, hitam, merah dan biru di bahagian dada yang boleh dipakai dalam setiap perlumbaan sepanjang tahun ini.
“Saya bermula selaku pelumba elit pada 2007. Saya terus mencuba. Saya telah tewas banyak kali. Saya menang gangsa dua kali (keirin 2015 Yvelines, Perancis dan keirin 2016 London), perak kejohanan dunia (pecut 2009 Pruszkow, Poland dan keirin 2010 Ballerup, Denmark). Saya tewas tipis kepada pelumba-pelumba hebat.
“Saya tak pernah putus asa, sebab saya tahu kalau saya terus bekerja keras, suatu hari ia (juara) akan menjadi milik saya. Akhirnya hari ini merupakan hari saya. Sayalah juara dunia. Jersi pelangi menjadi milik saya. Saya macam tak percaya.
“Saya sungguh gembira, selepas tamat perlumbaan semua orang berdiri, tepuk tangan, satu penghormatan yang cukup besar,” katanya kepada penyiar rasmi selepas perlumbaan.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata menerusi Twitter: “Malam hebat untuk sukan Malaysia. @AzizulAWANG menang jersi pelangi. Juara dunia.”

UTAMAGAYA HIDUP Azizul Hasni Awang Raja Keirin Dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium