[Video] Pengasas PRIBUMI Kamarulazman Habibur Rahman Umum Keluar Parti


https://youtu.be/5sylfHJfxyo

Salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PRIBUMI) Kamarulazman Habibur Rahman hari ini mengumumkan keluar parti.
Kamarulazman yang juga ahli majlis pemimpin tertinggi PRIBUMI turut mengumumkan peletakan semua jawatan yang disandangnya.
“Hari ini saya ingin umumkan peletakan jawatan saya sebagai ketua penaja bahagian PRIBUMI Teluk Kemang.
“Saya juga menolak tawaran sebagai pengerusi perhubungan PRIBUMI Negeri Sembilan dan saya letak jawatan saya sebagai setiausaha kerja PRIBUMI pusat.
“Saya juga letak jawatan sebagai ahli majlis pimpinan tertinggi PRIBUMI. Dan akhir sekali saya undur diri dari jadi ahli PRIBUMI,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu negara hari ini.
Menjelaskan keputusannya pada hari ini, Kamarulazman berkata, beliau kecewa dengan hala tuju parti yang dilihat terpesong serta masalah dalaman yang melanda.
“Nak kata saya kecewa sebab tak dapat jawatan, saya ada banyak jawatan.
“Tetapi saya hanya kecewa apa yang kita perjuang dan asaskan dari awal telah dirosakkan oleh beberapa individu dalam parti yang hanya mahu jaga kedudukan dalam parti dan bukan nak menang pilihan raya.
“Ketika diasaskan, ia bukan begitu. Sebab perjuangan dari awal adalah untuk tentukan Malaysia dalam landasan yang membawa ke arah kecemerlangan,” katanya.
Amal kronisme, ‘kasta’
Bercakap tentang masalah dalaman, tanpa membuat penjelasan terperinci, Kamarulazman berpendapat PRIBUMI kini mengamalkan kronisme dan ‘kasta’.
Malah, katanya, individu yang selama ini menjadi penggerak awal dalam parti dan berhabis tenaga serta wang ringgit diketepikan.
“Sedikit demi sedikit, elemen negatif mula menyerap masuk dalam PRIBUMI. Ramai ahli mempersoalkan orang yang buat onar dalam Umno lompat masuk PRIBUMI.
“Saya dapati sifat buruk mula dibenarkan masuk melalui pintu utama PRIBUMI.
“Saya mula sedar dalam PRIBUMI seperti ada perbezaan darjat dan kasta. Seseorang ahli akan tinggi darjatnya sekiranya dia merupakan kenalan presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung.
“Saya sangat kecewa, golongan yang benar buat kerja dilayan seperti kelas kedua. Belum pun kita bergerak jauh, kita telah mengamalkan sikap pilih kasih dan kronisme yang mendalam,” katanya lagi.
Hidupkan semula GKCM
Sehubungan itu, Kamarulazman berkata beliau kini akan kembali fokus menghidupkan kembali Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) dan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan tentang isu semasa.
“Paling penting nak nyatakan di sini ialah kami akan mula hidupkan GKCM semula dan melipat gandakan pengaruh GKCM,” ujarnya.
Sebelum PRUBUMI ditubuhkan, GKCM yang disertai anggota akar umbi Umno banyak terlibat menyemak dan menilai secara lantang pendekatan dan masalah kepimpinan parti itu.
Sementara itu, ditanya sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang sebagai parti bebas, Kamarulazman hanya berkata:
“Tidak buat masa sekarang.”
Ditanya sama ada pengikutnya akan turut serta keluar parti, bekas ketua Umno cawangan Teluk Kemang itu memberitahu, satu sidang media lain akan dilakukan bagi mengumumkan anggota PRIBUMI di Negeri Sembilan keluar parti.
“Kita akan buat sidang media lain. Di Teluk Kemang ada beberapa ratus yang akan ikut nak keluar parti.
“Setakat malam tadi, 821 orang merancang akan keluar parti. Ia dari seluruh negara tetapi kebanyakannya dari Negeri Sembilan,” katanya lagi.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...