UtamaDUNIASidang Kemuncak Arab-Islam-AS: Bersatu...

Sidang Kemuncak Arab-Islam-AS: Bersatu Tentang Keganasan – Najib Razak - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

RIYADH: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Sidang Kemuncak Negara-negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat (AS) sebagai isyarat kepada masyarakat dunia bahawa negara-negara Islam bersatu menentang keganasan.

Perdana Menteri yang menghargai inisiatif Raja Salman Abdulaziz Al-Saud menganjurkan pertemuan bersejarah itu berkata, dunia tidak perlu meragui bahawa sidang itu secara kolektif bersama masyarakat antarabangsa dalam memerangi ancaman global ini.

Kepada Raja Salman, Najib menyatakan: “Yakinlah bahawa Malaysia berdiri teguh dan menyokong kerajaan dan kepemimpinan sebagai penjaga dua Tanah Suci,’’

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 50 pemimpin yang menghadiri sidang tersebut di Pusat Konvensyen King Abdul Aziz di sini hari ini.

Najib adalah antara pemimpin yang diberi peluang berucap selepas ucapan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Presiden AS, Donald Trump.

Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Raja Salman dan Perdana Menteri Libya, Fayez Al-Sarraj.

Perdana Menteri dalam ucapannya juga menegaskan, masyarakat Islam hari ini secara keseluruhannya menentang keganasan dan ekstremisme.

Bagaimanapun beliau mengingatkan sidang yang diadakan di rantau Asia Barat yang tidak stabil menimbulkan kebimbangan kerana ketidakstabilan boleh menyumbang kepada keganasan.

Katanya, terdapat kepercayaan yang meluas di rantau ini yang Iran telah menyumbang sedikit sebanyak kepada ketidakstabilan.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai hubungan baik dengan negara-negara di rantau ini, Perdana Menteri berharap Iran mesti mengelak daripada sebarang tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara jiran.

“Ini bukan hanya demi kestabilan serantau tetapi juga untuk perpaduan ummah,” katanya.

Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada Trump yang berusaha mendekati negara Islam dalam menentang keganasan global.

Beliau turut mengingatkan bahawa menentang keganasan bukan hanya melalui ketenteraan tetapi apa yang lebih penting ialah memenangi hati dan minda masyarakat.

“Kita mesti menekankan supaya Islam yang sebenar dikenali di seluruh dunia dan pada masa yang sama bekerjasama menyelaras untuk menghancurkan Daesh dan sekutu mereka di mana sahaja kehadiran mereka dirasai,” katanya.

Malaysia katanya, tidak menyerah kalah dalam usaha memerangi fahaman radikal ini dengan mengambil pelbagai pendekatan termasuk mempromosikan konsep wasatiyyah iaitu kesederhanaan menurut al-Quran.

Di peringkat antarabangsa juga, tegas beliau, pelbagai kerjasama diwujudkan termasuk bersama AS dengan memperkenalkan Bahagian Komunikasi Strategik Digital bagi menangani penyebaran mesej negatif keganasan.

“Begitu juga kerjasama peringkat serantau dengan Australia untuk menghentikan aliran dana untuk kumpulan pengganas, dan bersama United Kingdom dan Perancis berkaitan tujuh bidang utama termasuk keganasan siber.

“Pada tahun 2010, di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), saya juga telah menggesa bagi Pergerakan Global Kesederhanaan dan program deradikalisasi kami telah mencapai 95 peratus kejayaan dalam memulihkan golongan yang terjebak sebagai ekstremis,” katanya.

Sambil menyatakan kesediaan Malaysia berkongsi pengalaman menangani keganasan, Najib juga menarik perhatian kerjasama dengan Arab Saudi melalui penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Kuala Lumpur hasil lawatan negara Raja Salman ke Malaysia Februari lalu.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands – Bomba

Kemalangan tersebut berlaku pada 1:15 tengah hari semasa van yang dinaiki 14 orang itu sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162266

[VIDEO] Ada perkara tak ikut peraturan dalam perolehan vaksin, kata PM

“sebahagiannya tidak mengikuti peraturan dan ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara”. BACA selanjutnya di https://pakdin.my/162255

[VIDEO] Gempa 7.4 SR gegar Turkiye dan Syria

Wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis terjejas teruk akibat gempa itu. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162244

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129