Memahami Saman Sivil DoJ Yang Meragukan - pakdin.my

PRAKATA | SAMAN SIVIL DOJ MERAGUKAN

Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) terhadap tiga individu yang dikaitkan dengan Malaysian Official 1 (MO1) adalah “bombshell” terutamanya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Justeru apabila MO1 dibabitkan ia memang “meragukan” seolah-olah ada agenda tersirat untuk terus melukakan Datuk Seri Najib agar beliau meletak jawatan.

Bombshell’ itu tidak meletup dan gagal menjatuhkan Datuk Seri Najib. Terbukti, DAP sendiri tidak berani mengambil kesempatan untuk mengadakan pilihan raya mengejut (snap election) di Pulau Pinang. Ini bermakna pembangkang mengakui isu saman sivil DOJ tidak menggugat Datuk Seri Najib.

Soalnya kenapa saman sivil? Kenapa DOJ tidak terus membuat pendakwaan jenayah terhadap tiga orang yang dinamakan termasuk MO1? Kenapa MO1 dirujuk tanpa menyebut nama sebenarnya?

Justeru kenyataan secara terbuka oleh DOJ ini amat meragukan, pelik dan aneh. Ia sengaja dibuat untuk menimbulkan persepsi negatif dan tafsiran yang tidak adil bukan sahaja terhadap Datuk Seri Najib tetapi juga terhadap kestabilan Malaysia. Apatah lagi ia berasaskan kepada aduan yang dibuat oleh Datuk Khairuddin Abu Hassan, iaitu seorang penyokong kuat Tun Dr. Mahathir dan memiliki imej negatif.

Kesemua itu menjurus kepada tanggapan ‘Najib bersalah’. Ada segelintir mahasiswa yang didalangi pembangkang mengadakan perhimpunan haram Tangkap MO1 di Dataran Merdeka. Secara terang mahasiswi ini menuduh MO1 adalah Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Najib bersalah, tetapi apa buktinya Datuk Seri Najib bersalah? DOJ sendiri tidak menamakan Datuk Seri Najib sebagai salah seorang daripada tiga nama yang disebut dalam saman sivil itu apatah lagi dikenakan pendakwaan jenayah. Malah 1MDB sudah membuat kenyataan terbuka, tidak ada wang mereka yang hilang atau dicuri. Malah Laporan Audit Negara dan PAC juga tidak menyatakan Datuk Seri Najib bersalah.

Justeru buku 1MDB Pasca Laporan Audit Negara dan PAC ini memberi fokus kepada isu saman sivil DOJ Amerika supaya rakyat mendapat maklumat berfakta mengenainya dan tidak terpedaya dengan agenda jahat di sebaliknya. Ia juga memberi maklumat terkini mengenai kejayaan pelaksanaan “Rasionalisasi 1MDB” yang membuktikan kerajaan adalah bertanggungjawab dan 1MDB mempunyai masa depan yang berpotensi dengan mengambil kira komen dan cadangan dalam laporan PAC tersebut.

Hakikatnya 1MDB dan kerajaan telah bergerak beberapa langkah ke hadapan, sedangkan para pengkritik 1MDB masih terikat dengan tuduhan lapuk yang sudah berulang kali dijawab.

SOALAN 1
APAKAH SAMAN SIVIL JABATAN KEHAKIMAN NEGARA (DOJ)AMERIKA SYARIKAT (AS)?

=> Ia adalah saman yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Negara Amerika Syarikat (DOJ) pada 20 Julai 2016 di antara pihak Kerajaan Amerika Syarikat (plaintif) terhadap filem “The Wolf of Wall Street” termasuk sebarang hak untuk keuntungan, royalti dan pengagihan perolehan filem ini kepada Syarikat Red Granite Pictures dan pihak-pihak yang bersekutu dengannya (defendan).

=> Ia adalah saman sivil melalui Inisiatif Pengambil Alihan Aset Kleptokrasi (DOJ) untuk menyita dan mengambil alih semula tujuh belas aset di dalam dan di luar AS termasuk di United Kingdom (UK) dan Switzerland, yang disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan rasuah di negara asing dan mengembalikannya kepada negara asal.

=> Dalam saman sivil ini terdapat lima individu yang dinamakan dan empat individu yang tidak dinamakan. 1MDB diibaratkan oleh DOJ sebagai mangsa dan bukan pihak yang melakukan kesalahan atau jenayah.

SOALAN 2
KENAPA SAMAN SIVIL DIFAILKAN DAN BUKAN PENDAKWAAN?

=> Saman sivil ini difailkan untuk mengambil alih tujuh belas aset yang dimiliki oleh tiga individu iaitu Riza Aziz, Jho Low dan Khadem Al-Qubaisi yang didakwa dibeli menggunakan dana yang dicuri dan/atau melalui penggubahan wang haram.

=> DOJ mendakwa berlaku salah laku jenayah seperti penggubahan wang haram, penyelewengan dan kecurian dari dana awam Malaysia dan 1MDB, iaitu kesalahan jenayah yang amat berat tetapi anehya DOJ tidak membuat pendakwaan jenayah terhadap Riza Aziz, Jho Low dan Khadem Al-Qubaisi.

=> yang mencukupi dan saman ini digunakan sebagai jalan untuk mengumpulkan maklumat dan memaksa pihak yang dinamakan mengemukakan bukti-bukti bagi menunjukkan aset yang dimiliki tidak diperolehi melalui perlakuan jenayah.

SOALAN 3
MENGAPA PEGUAM NEGARA AMERIKA SYARIKAT BERTINDAK MEMFAILKAN SAMAN INI DAN MEMBUAT KENYATAAN MEDIA WALAUPUN BUKTI TIDAK MENCUKUPI?

=> Tindakan Peguam Negara AS, Loretta E.Lynch membuat kenyataan media mengenai kes saman sivil adalah di luar kelaziman. Terdapat beberapa pandangan mengenai tindakan beliau, antaranya:-
1. Aduan telah dibuat kepada FBI oleh Sarawak Report dan beberapa rakyat Malaysia sendiri. Oleh itu, DOJ perlu dilihat mengambil tindakan.
2. Pilihan Raya Presiden AS yang bakal berlangsung tidak lama lagi membuatkan Loretta ingin mendapat tempat di bawah kepimpinan presiden baru.
3. Loretta ingin mengalih pandangan media dan rakyat AS terhadap skandal dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya mengenai skandal pengubahan wang haram Hongkong Shanghai Banking Corporation (HSBC).
4. Loretta ingin mengalih pandangan media dan rakyat AS terhadap tuduhan beliau “berpilih kasih” kerana tidak mengambil tindakan lanjut terhadap skandal e-mel Hillary Clinton.
5. Terdapat pihak dari Malaysia yang telah membayar khidmat pelobi untuk memastikan kes saman sivil ini diumumkan melalui kenyataan media.

SOALAN 4
SIAPAKAH YANG DINAMAKAN DI DALAM SAMAN SIVIL INI?

=> Terdapat lima individu yang dinamakan oleh DOJ iaitu Low Taek Jho (Jho Low), Riza Shahriz Bin Abdul Aziz, Eric Tan Kim Loong, Khadem Abdullah Al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

=> Terdapat empat individu yang tidak dinamakan oleh DOJ iaitu 1MDB Officer 1, 1MDB Officer 2, 1MDB Officer 3 dan Malaysian Official 1.

SOALAN 5
ADAKAH INDIVIDU-INDIVIDU YANG DINAMAKAN INI TELAH DIDAPATI BERSALAH?

=> TIDAK. Saman sivil ini baru di peringkat awal, iaitu ia baru difailkan di mahkamah.

=> Saman ini bukan untuk membicarakan siapa yang bersalah tetapi hanya untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi mengambil alih aset pihak yang dinamakan.

SOALAN 6
BERAPA LAMA MASA YANG DIAMBIL SEBELUM MAHKAMAH MEMBUAT KEPUTUSAN?

=> Mahkamah AS perlu melihat terlebih dahulu samada aset ini turut dituntut oleh pihak lain.

=> Mahkamah perlu memanggil semua individu yang didakwa memiliki aset tersebut dan mereka perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa aset-aset mereka diperolehi melalui cara yang sah dan tidak melanggar undang-undang.

=> Mahkamah hanya akan menyita dan mengambil alih aset-aset ini sekiranya pemiliknya tidak dapat membuktikan aset-aset ini diperolehi secara sah.

=> Proses mahkamah ini mungkin mengambil masa empat hingga enam tahun. Dalam kes DOJ ke atas aset di New York dan Virginia yang dimiliki oleh bekas Presiden Taiwan, ia mengambil masa enam tahun, Pendakwa Raya AS mengambil masa lebih daripada dua tahun hanya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menyita aset tersebut.

SOALAN 7
JIKA MAHKAMAH AMERIKA SYARIKAT MEMBENARKAN ASET DISITA, APAKAH AKAN TERJADI KEPADA ASET-ASET TERSEBUT?

=> Pihak AS akan menjual aset terbabit dan memulangkannya kepada pemilik asal, dan dalam kes ini, DOJ mengatakan bahawa pemilik asal adalah 1MDB dan Malaysia.

=> Dalam kes melibatkan hartanah bekas Presiden Taiwan, pihak AS hanya memulangkan AS$ 1.5 juta kepada Taiwan pada tahun 2016, walaupun dua hartanah tersebut berharga AS$ 2.1 juta pada tahun 2008 (lapan tahun yang lalu).

SOALAN 8
ADAKAH SESIAPA AKAN DIPENJARAKAN JIKA ASET DAPAT DISITA?

=> TIDAK. Ini adalah kes sivil dan bukan kes jenayah.

=> Jika keputusan mahkamah menyebelahi DOJ, hanya aset yang akan disita, tetapi tiada pihak dalam kalangan yang dinamakan yang akan dipenjarakan atau dikenakan tindakan jenayah, melalui kes saman sivil ini.

SOALAN 9
JIKA PENAMA GAGAL MEMBUKTIKAN ASET INI DIPEROLEHI DARI SUMBER YANG SAH. ADAKAH BERMAKSUD DUIT ITU DARI SUMBER 1MDB?

=> TIDAK SEMESTINYA. Terdapat kemungkinan penama membeli aset tersebut dari sumber tidak sah yang lain, tidak semestinya dari sumber 1MDB.

=> Dalam kes hartanah bekas Presiden Taiwan, peguam yang mewakili anak-anak bekas presiden tersebut menyatakan bahawa mereka tidak meneruskan penentangan terhadap kes itu kerana kos guaman sudah menjadi terlalu tinggi.

SOALAN 10
BENARKAH DALAM SAMAN SIVIL INI DATUK SERI NAJIB DIDAKWA MELAKUKAN JENAYAH?

=> TIDAK. Datuk Seri Najib TIDAK DIDAKWA dan TIDAK DINAMAKAN dalam saman sivil ini.

=> Ia difailkan hanya bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menyita dan mengambil alih aset-aset yang disenaraikan dalam saman tersebut.

SOALAN 11
SIAPAKAH ‘MALAYSIAN OFFICIAL 1’ (MO1) YANG DIKATAKAN MENERIMA DANA BERKAITAN 1MDB?

=> Walaupun terdapat rujukan mengenai MO1 dan dakwaan MO1 menerima wang dari sumber 1MDB, ia adalah berdasarkan laporan yang dibuat kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat. DOJ tidak menamakan MO1 kerana aduan yang dibuat tidak mempunyai maklumat dan bukti untuk mengaitkan MO1 dengan sebarang aset dan kesalahan jenayah seperti yang disebut dalam laporan.

=> Tidak wajar sebarang andaian dibuat tentang siapakah MO1 sehingga DOJ mempunyai maklumat dan bukti yang kukuh untuk menamakan MO1 dan mengaitkan MO1 dengan aset-aset yang disebut dalam kesalahan jenayah.

=> Skop saman ini adalah berkaitan dengan aset-aset yang ingin diambil alih oleh DOJ. Justeru rujukan terhadap MO1 sebenarnya tidak perlu dan tidak wajar kerana MO1 tidak mempunyai sebarang kaitan dengan aset-aset yang disenaraikan.

SOALAN 12
BETULKAH WANG DICURI DARI 1MDB?

=> DOJ mendakwa dana 1MDB dicuri dalam tiga fasa:
1. Fasa Good Star – Lebih daripada AS$ 1 bilion disalahgunakan dari 1MDB.
2. Fasa Aabar-BVI – AS$ 1.367 bilion disalahgunakan dari 1MDB.
3. Fasa The Tanore – Lebih daripada AS$ 1.26 bilion disalahgunakan dari 1MDB.

=> 1MDB bertegas mengatakan dana 1MDB tidak dicuri berdasarkan hujah berikut:-
1. Fasa Good Star

Tiada kehilangan dana dari pelaburan dan usaha sama dengan Petro Saudi International.

Pelaburan dana tunai sebanyak AS$ 1.83 bilion ke dalam usaha sama dengan Petro Saudi, mendatangkan pulangan sebanyak AS$ 2.318 bilion dalam bentuk unit dana. Sebanyak AS$ 1.4 bilion unit dana telah ditebus secara tunai dan digunakan sebagai deposit kepada jaminan IPIC dan bagi membatalkan saham perniagaan tenaga yang diberikan kepada syarikat Aabar- BVI (anak syarikat IPIC), dan sebahagian kecil daripadanya turut digunakan untuk membayar
faedah pinjaman. Manakala, baki sebanyak AS$ 940 juta kekal dalam bentuk unit dana dan dijamin oleh Aabar Investment PJS (anak syarikat IPIC).

2. Fasa Aabar-BVI
Dana yang dimasukkan ke dalam akaun syarikat Aabar-BVI adalah di bawah kawalan IPIC dan bukan di bawah kawalan 1MDB. Pada tahun 2012, 1MDB telah menerbitkan dua bon bernilai AS$ 3.5 bilion yang dijamin oleh IPIC. 1MDB telah diminta untuk meletakkan deposit sebanyak AS$ 1.4 bilion ke dalam akaun Aabar-BVI sebagai jaminan. Sepanjang 2012 sehingga 2014, IPIC telah mengarahkan 1MDB meningkatkan jumlah deposit sehingga AS$ 3.5 bilion, iaitu
menyamai dengan nilai bon yang diterbitkan. Deposit ini akan dipulangkan kepada 1MDB setelah bon mencapai tempoh matang pada tahun 2022. Arahan untuk memasukkan deposit ke dalam akaun Aabar-BVI diberikan oleh wakil IPIC, iaitu Khadem Al-Qubaisi, Pengarah Urusan IPIC dan Pengerusi Aabar Investments PJS dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny, Ketua Pengarah Eksekutif Aabar Investment PJS dan Pengarah Aabar-BVI. Sepanjang pengetahuan
1MDB, Aabar-BVI merupakan anak syarikat kepada IPIC berdasarkan penilaian daripada peguam dalaman dan luaran, dokumen sijil pematuhan dan kehadiran wakil IPIC dan Aabar Investment PJS semasa perjanjian ditandatangani. Selepas deposit ini dimasukkan ke dalam akaun Aabar-BVI, ia bukan lagi di bawah kawalan 1MDB. Pertikaian mengenai deposit ini hanya dibangkitkan oleh IPIC selepas empat tahun kemasukannya, iaitu pada bulan April 2016.
Pada bulan Jun 2015, IPIC secara tidak langsung telah mengesahkan kewujudan akaun ini dan jaminan ke atas bon yang berkaitan apabila membayar AS$ 1 bilion kepada 1MDB untuk
mengimbangkan nilai aset dan liabiliti 1MDB yang ingin ditukarkan. Jika terdapat sebarang salah
laku atau kehilangan dana, ia berada di bawah kawalan IPIC. Memandangkan terdapat pertikaian
mengenai status Aabar-BVI, perkara ini telah dibawa ke proses timbang tara di Mahkamah Timbang
Tara Antarabangsa London, UK.

3. Fasa Tanore
Pelaburan sebanyak AS$ 1.5 bilion oleh 1MDB-GIL (anak syarikat 1MDB) dibuat melalui BSI Bank,salah sebuah bank tertua dan ternama di Switzerland yang mempunyai aset bernilai lebih RM 400 bilion. Pelaburan ini juga dijamin oleh Aabar-BVI. Pengurus dana untuk mengendalikan dana tersebut ditentukan oleh BSI dan 1MDB tidak mempunyai sebarang kawalan dalam menentukan pemilihan pengurus dana dan cara pengurus dana menguruskan dana tersebut. Jika terdapat sebarang salah laku atau kehilangan dana, ia adalah tanggungjawab penuh pengurus dana atau BSI.


SOALAN 13
MENGAPA BERLAKU PERTIKAIAN ANTARA 1MDB DAN IPIC?

=> Pertikaian 1MDB dan IPIC berpunca apabila IPIC menafikan Aabar-BVI adalah anak syarikatnya dan mendakwa bahawa 1MDB perlu memulangkan AS$1 billion yang telah dibayar oleh IPIC kepada 1MDB pada bulan Jun 2015.

=> 1MDB menegaskan bahawa pada tahun 2012 ia telah meletakkan deposit seperti yang diminta oleh IPIC ke dalam akaun Aabar-BVI, anak syarikat Aabar Investment PJS dan IPIC (AS$ 1.4 bilion). Nilai deposit terus ditambah bersamaan dengan nilai terbitan bon, iaitu AS$ 3.5 bilion sepanjang tahun 2012 sehingga 2014 seperti yang diarahkan oleh IPIC.

=> Hanya pada 11 April 2016, IPIC menafikan Aabar-BVI adalah anak syarikatnya dan telah membatalkan perjanjian pertukaran aset dengan 1MDB. Pada 12 April 2016, 1MDB telah membuat kenyataan balas menegaskan bahawa Aabar-BVI merupakan anak syarikat IPIC dan pembayaran deposit ke dalam akaun Aabar-BVI dibuat berdasarkan arahan wakil IPIC dan Aabar Investment PJS. Pertikaian ini menyebabkan IPIC memfailkan tuntutan ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, London, UK, pada Jun 2016.


SOALAN 14
MENGAPA KEPUTUSAN MAHKAMAH TIMBANG TARA ANTARABANGSA LONDON BERKEMUNGKINAN BESAR AKAN MEMIHAK KEPADA 1MDB?

=> Berbekalkan dokumen-dokumen rekod syarikat sedia ada, terdapat keyakinan penuh bahawa keputusan Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London akan berpihak kepada 1MDB.

=> Sekiranya ini berlaku maka perjanjian pertukaran aset dan hutang 1MDB dan IPIC boleh diteruskan. Dalam perjanjian pertukaran aset dan liabiliti ini nilai aset dan liabiliti 1MDB adalah seperti dalam jadual berikut:-


=> Berdasarkan perjanjian pertukaran aset-liabiliti 1MDB bersama IPIC, IPIC bersetuju untuk membayar AS$ 1 bilion kepada 1MDB supaya nilai aset dan liabiliti bagi tujuan pertukaran ini seimbang. IPIC telah membuat pembayaran sejumlah AS$ 1 bilion ini pada 4 Jun 2015.

=> Persetujuan IPIC menjamin bon-bon berkaitan dan membuat pembayaran sebanyak AS$ 1 bilion kepada 1MDB  membuktikan setiap deposit ke dalam akaun Aabar-BVI dan jaminan Aabar-BVI ke atas aset kewangan 1MDB adalah sah dan Aabar-BVI mempunyai kaitan dengan IPIC.

SOALAN 15
APAKAH YANG AKAN TERJADI KEPADA SAMAN SIVIL INI SEKIRANYA KEPUTUSAN MAHKAMAH TIMBANG TARA ANTARABANGSA LONDON
MEMIHAK KEPADA 1MDB?

=> Kes saman Sivil DOJ akan menjadi tidak relevan sekiranya keputusan di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London memihak kepada 1MDB kerana ia membuktikan bahawa tiada kecurian atau kehilangan dana dari 1MDB.

SOALAN 16
KENAPAKAH SAMAN SIVIL INI DIANGGAP GANJIL?

=> Lazimnya, pihak yang menjadi mangsa kepada kes kecurian yang membuat laporan kepada pihak berkuasa. Dalam kes ini, pihak yang membuat aduan adalah Sarawak Report dan individu yang tidak terlibat dengan 1MDB sedangkan mangsa kecurian iaitu 1MDB menafikan terdapat kehilangan wang.

=> Dalam saman ini, DOJ mengatakan bahawa 1MDB merupakan mangsa kes kecurian, tetapi pihak FBI dan DOJ tidak pernah memanggil 1MDB untuk memberi sebarang keterangan. => Pihak yang mendakwa kehilangan wang adalah syarikat IPIC tetapi DOJ tidak memfailkan saman untuk mendapatkan semula wang IPIC dan UAE yang dikatakan hilang.

=> Walaupun terdapat dakwaan penyelewengan wang melalui syarikat Good Star yang dikaitkan dengan pelaburan 1MDB dengan Petro Saudi yang dimiliki oleh Putera Turki dari Arab Saudi tetapi DOJ tidak menamakan Petro Saudi dan Putera Turki di dalam kes saman ini.

SOALAN 17
APAKAH YANG BERLAKU TERHADAP ASET 1MDB SELEPAS PELAN RASIONALISASI DILAKSANAKAN?

=> Pelan Rasionalisasi 1MDB melibatkan tiga peringkat pelaksanaan iaitu:-
1) Penjualan 100% pegangan aset dalam Edra Energy.
2) Penjualan dan pembangunan hartanah TRX, Bandar Malaysia, Air Itam dan Pulau Indah.

  • Penjualan 60% pegangan dalam Projek Bandar Malaysia.
  • Penjualan tanah Pulau Indah.
  • Ekuiti TRX dimiliki 100% oleh kerajaan dan akan diuruskan secara bebas dan berasingan.
  • Tanah Air Hitam akan diuruskan dan dibangunkan oleh rakan kongsi usaha sama (JV).

3) Pertukaran aset – liabiliti bersama IPIC.


SOALAN 18
BENARKAH 1MDB MASIH BERHUTANG SEBANYAK RM 50 BILION SELEPAS PELAN RASIONALISASI DILAKSANAKAN?

=> TIDAK BENAR. 1MDB telah berjaya menyelesaikan kesemua hutang jangka pendek. Kini hanya terdapat empat pinjaman jangka masa panjang yang hanya akan matang pada tahun 2022, 2023 dan 2039. Kesemua hutang jangka panjang ini telah dipadankan dengan penjualan dan pembangunan hartanah serta melalui pertukaran aset-liabiliti bersama IPIC.

NOTA: Kesemua pinjaman jangka masa panjang di atas telah dipadankan dengan penjualan dan pembangunan hartanah serta melalui pertukaran aset-liabiliti bersama IPIC. Rujuk carta aliran tunai di muka surat 18 dan 19 untuk butiran penuh.

SOALAN 19
APAKAH JANGKAAN LEBIHAN DANA 1MDB SELEPAS SEMUA HUTANG 1MDB DISELESAIKAN PADA PENGHUJUNG TAHUN 2039?

=> Selepas semua hutang jangka panjang diselesaikan pada tahun 2039, 1MDB dijangka akan menghasilkan keuntungan sebanyak RM 2,950,520,000.00.

UTAMAEDITORIAL1MDBMemahami Saman Sivil DoJ Yang Meragukan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium