UtamaPOLITIKTerowong Pulau Pinang: Beratus...

Terowong Pulau Pinang: Beratus Juta Telah Dibayar Sejak Hampir 5 Tahun Lepas, Projek Masih Belum Bermula - pakdin.my

Mejar Huan telah mengambil tindakan dengan membuat laporan rasmi.

Beliau menyeru PDRM dan SPRM untuk menyiasat pendedahan baru-baru ini – terutamanya mengenai beratus-ratus juta telah dibayar tetapi pembinaan masih belum dimulakan walaupun kontrak telah diberikan pada bulan Mac 2013.

Sebenarnya, Kerajaan Pulau Pinang menjanjikan (sekali lagi) pembinaan itu hanya boleh bermula pada pertengahan tahun 2018.

Sekiranya kontrak berbilion dianugerahkan oleh Barisan Nasional 5 tahun yang lalu dan pembinaan masih belum dimulakan, sudah tentu macai DAP akan menggila menyerang kerajaan.

**********

PCM Gesa Siasat Syarikat Bida Projek Terowong Dasar Laut

Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini meminta polis menyiasat dakwaan kerajaan Pulau Pinang telah menganugerahkan projek kepada sebuah syarikat yang mempunyai modal di bawah paras ditetapkan, ketika membida projek terowong dasar laut.

Naib presidennya Datuk Huan Cheng Guan berkata beliau telah membuat laporan polis semalam mengenai dakwaan itu supaya siasatan dapat dilakukan bagi memastikan sama ada wujud penipuan atau unsur salah guna kuasa dalam proses pembidaan projek berkenaan.

Menurutnya, sesebuah syarikat disyaratkan untuk mempunyai sejumlah modal yang ditetapkan, sebelum boleh membida sesuatu projek.

“Bagaimanapun syarikat yang berjaya membida projek berkenaan dikatakan memiliki modal bernilai 1,900 kali ganda lebih rendah daripada paras minimum ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, PCM berhasrat mengemukakan laporan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat supaya siasatan terperinci dapat dilakukan.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd,  yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Projek itu sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran yang melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd,  yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Projek itu sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran yang melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Terdahulu, Huan turut membidas tindakan Zenith yang akan memfailkan injunksi bagi melarang pihak ketiga daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung projek terowong dasar laut, di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Khamis ini.

 “Adakah mereka cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan orang ramai? Permohonan injunksi ini membuktikan bahawa istilah telus yang dilaungkan oleh kerajaan Pulau Pinang sudah mati,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988