Hina Tun Razak Di Facebook, Nga Kor Ming Buat Hasutan Lagi

Menjadi wakil rakyat bukan tiket untuk menabur fitnah dengan menyebar perkara-perkara bersifat hasutan. Bukan sekali, malah sudah beberapa kali, wakil rakyat DAP ini terus mengulangi sikap biadapnya itu.

Nga Kor Ming, Ahli Parlimen DAP adalah salah seorang wakil rakyat yang biadap, kurang ajar dan sering menabur kebencian terhadap pemimpin negara.

Terbaru, beliau telah menyebar fitnah mengenai bapa pembangunan negara, Allahyarham Tun Abdul Razak dengan menyebar satu poster berunsur hasutan yang mempersoalkan mengenai Tun Abdul Razak. Poster itu turut mengangkat ketua komunis Malaya, Chin Peng sebagai heronya.

Poster itu memuji Chin Peng kononnya dia berjuang melawan Jepun. Hakikatnya Chin Peng adalah pengkhianat dan petualang negara yang mahu menjadikan negara sebagai sebuah negara komunis satu ketika dahulu.

Ini bukti jelas, DAP menjulang ideologi komunis dalam parti mereka. Mengangkat komunis yang membunuh ribuan orang ketika darurat sebagai hero mereka. Tindakan DAP ini jelas tidak patriotik dan biadap sekali.

Tambahan lagi, seluruh rakyat Malaysia sedang berada dalam bulan kemerdekaan. Tindakan mengangkat komunis sebagai hero dan menghina Tun Razak ini amat kurang ajar sekali.

Nga langsung tidak sensitif terhadap anggota tentera dan polis termasuk orang awam yang terkorban disebabkan perbuatan Chin Peng dan pengganas komunis.

Statistik menunjukkan pengganas komunis yang dikepalai Chin Peng telah membunuh 2,083 anggota keselamatan dan mencacatkan 3,541 anggota lain, manakala 2,588 orang awam pula dibunuh dengan 1,490 yang lain cedera.

Apakah nyawa-nyawa yang melayang ini tidak ada harga langsung? Apabila Nga menyebar dan berkongsi poster itu, ia menunjukkan beliau sebagai biadap dan tidak sayang pada negara.

Selepas gagal menjatuhkan anaknya, Datuk Seri Najib Tun Razak, pembangkang kini menuduh Tun Abdul Razak sebagai tali barut Jepun pula dengan menyebarkan sekeping gambar di mana Allahyarham bersama rakan-rakannya menyertai latihan tentera Jepun.

Gambar itu disimpan di Muzium Negara dan sebagai Perdana Menteri, Tun Abdul Razak boleh sahaja mengarahkan agar gambar itu dimusnahkan sebaliknya ia tidak berlaku kerana tiapa apa yang perlu beliau sembunyikan.

Ini bukan kali pertama Nga membuat fitnah. Kisah paling klasiknya Nga ialah pada 29 Mac 2015, apabila beliau  memuat naik status bergambar dalam Facebooknya yang bertujuan menyindir Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan menerbitkan perkataan, “Meeting Kerajaan…Siapa PM Malaysia yang sebenarnya..”

Susulan itu, Najib dan Rosmah telah menyaman Nga dan akhirnya Nga terpaksa menzahirkan pernyataan kesal berhubung perkara tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 6 Julai tahun lepas pula, mengikut akaun Facebook yang bernama Nga Kor Ming, satu status bersifat menghina telah dimuat naik pada 5.15 petang 6 Julai, yang bertajuk “Hanya di Malaysia di bawah UMNO, Selamat Hari Raya”

Laporan polis telah dibuat ke atasnya dan beliau kemudiannya menafikan status terbabit dan menyifatkan dirinya sebagai mangsa fitnah.

Beliau kemudiannya sekali lagi dikecam apabila memuatnaik ucapan Aidilfitri bertemakan negara asing dalam Facebooknya.

Teruk Nga Kor Ming dikecam dengan ramai yang menggelarnya sebagai bodoh dan dangkal apabila Kor Ming menyertakan gambar rumah api berlatarbelakangkan bendera Amerika Syarikat dan diselitkan perkataan “In God We Trust serta Lord, Guide Our Nation Back To You” dan motif tangan berdoa.

Selepas banyak provokasi yang dilakukan, kali ini tindakan Nga itu sangat tidak munasabah dan jelas berbaur hasutan.

Apakah Mahathir mahu bersama sama Nga Kor Ming dan DAP iktiraf Chin Peng kali ini? Zahid Mat Arip sudah dipertahankan tidak bersalah oleh Mahathir.

Kita sama sama lihat apakah pendirian Mahathir berhubung hasutan Nga Kor Ming ini. Amat pasti Mahathir akan bersama sama senada dengan DAP.

Mahathir lebih sayang DAP dari segalanya sekarang ini. Sudah semakin mengarut Mahathir.

Seluruh rakyat Malaysia yang sayangkan negara ini perlu bangkit bersama sama mengecam tindakan jahat dan biadap ahli parlimen DAP ini.

Kali ini jangan biarkan dia terlepas lagi. Bukan sekali dia berlaku biadap, malah sudah banyak kali. Biar undang undang hukum tindakan biadap Nga Kor Ming ini.

*****

Tun Abdul Razak – The Hidden Story

First, you tried to damage his reputation, then his wife, then his father, then his children, and when that all failed, you’re targeting his father again. When you tried to damage the rest, I don’t care. That’s not my problem but his. But when you tried to damage his father’s, I care.

Yes, I’m talking about our PM, DS Najib Tun Razak. I don’t care if you all spread lies about him or his family, because they have yet to prove themselves in my eyes. But when you try to spread half-truths about Tun Abdul Razak, that I can’t accept.

What Half-truths? 

Look at this photo. This is a photo of young Tun Abdul Razak when he joined Malayan Civil Service, then subjugated under Japanese Imperial Army. With this photo, you are trying to imply that the young Tun Abdul Razak as ass-kissers whose scared of death and willingly accepted foreign subjugation.

Enter Young Abdul ‘Cloak-and-Dagger’ Razak

Second World War came when young Abdul Razak was studying in Singapore at Stamford Raffles College. With his study disrupted, he was called to return to Kuantan.

The war was not kind. He saw many atrocities made in the name of patriotism. He had probably too came across victims or next-of-kins of Sook Ching massacre.

By the time he reached Kuantan, news of young men being grabbed to be forced labour to Siam has probably reached Kuantan.

In the Malayan Civil Service, Abdul Razak met up with Yeop Mahidin Bin Mohamad Shariff. Yeop Mahidin was a civil servant, a magistrate to be exact. He had wanted to serve his country, but his headmaster denied him his dream to join Malay Regiment.

When the war broke out, Yeop Mahidin was quick to form a resistance force he named as Askar Wataniah Pahang. The unit was formed with His Majesty Sultan Abu Bakar’s consent.

Read more here: *Tun Abdul Razak – The Hidden Story*

http://themalaysianpatriot.blogspot.my/2016/01/tun-abdul-razak-hidden-story.html?m=1

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...