UtamaPOLITIKGuan Eng Usah Menyibuk...

Guan Eng Usah Menyibuk Hal Tuan Ibrahim,  Selesai Dululah Kes Rasuah Di Mahkamah - pakdin.my

Apabila PAS bertemu CEO 1MDB, Arul Kanda dan berpuas hati dengan segala penerangan yang diberikan, DAP pula tiba-tiba naik angin tidak tentu arah.

DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, cuba mempersenda PAS kerana telah memperoleh fakta yang sebenar mengenai skandal 1MDB yang direka cerita.

Tindak tanduk Guan Eng seolah-olah dia sahaja yang pandai dan betul. Walhal dia sendiri tidak berani untuk bertemu Arul Kanda bagi mendapatkan fakta yang sebenar.

Lihat sahaja suatu ketika dahulu Ketua Publisiti DAP Tony Pua yang lari bagai “ayam daging” apabila dicabar Arul Kanda untuk berdebat. Malah, Rafizi Ramli juga tidak mahu berdepan dengan CEO 1MDB tersebut.

30 Mei 2017, Tuan Ibrahim menyanggah teguran Yang Dipertua PAS Gombak Salehhuddin Nasir yang mengecam tindakan Guan Eng dan Kit Siang berbuka puasa dengan orang Islam.

Tuan Ibrahim berkata PAS merupakan gerakan dakwah dan perlu mendekatkan masyarakat bukan Islam (DAP) “walau mereka tidak menerima Islam sebagai agama”.

Hari ini terbukti dakwah Tuan Ibrahim dan PAS terhadap DAP adalah tidak berjaya. Malah Guan Eng pula yang menegur Tuan Ibrahim berhubung pemahamannya terhadap 1MDB.

Satu ketika Tuan Ibrahim juga lantang mengenai 1MDB, mempertikai banyak perkara namun bila Tuan Ibrahim sendiri berjumpa dengan Arul Kanda, pendirian Tuan Ibrahim berubah sama sekali.

Yang masih tidak berubah adalah DAP yang tidak mahu menerima kebenaran seperti Tony Pua dan Guan Eng. Memang DAP dengki mereka yang menemui jalan kebenaran mengenai 1MDB.

Sama nasib yang berlaku kepada Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi DAP. Bila Seng Giaw faham mengenai 1MDB, DAP mula sisihkan Seng Giaw. Ini kerana DAP mahu jadikan 1MDB sebagai alasan sahaja untuk tujuan politik mereka.

Sebenarnya, Guan Eng kena bersihkan diri sendiri dulu dari kes rasuah. Dua tuduhan rasuah di mahkamah masih ada, kenapa hendak lengah lengahkan kes itu lagi?

Apa yang Guan Eng lakukan hanyalah menangguh kes rasuah dirinya di mahkamah. Orang yang tidak bersalah tidak akan tangguh kesnya di mahkamah.

Hanya orang bersalah sahaja suka tangguh kes sebab takut masuk penjara. Tangguh ini

merupakan strategi peliwat seperti Anwar Ibrahim sahaja, yang turut berulang kali menangguh kesnya di mahkamah sehingga 6 tahun lamanya. Akhirnya masuk lokap juga.

Tidak guna beriya-iya berwayang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), tapi Guan Eng tidak berani berhadapan dengan kesnya sendiri di kandang perbicaraan.

Bak pepatah Melayu ‘berani kerana benar, takut kerana salah’, Guan Eng tidak perlu melarikan diri sekiranya dia tidak bersalah melakukan rasuah dan salah guna kuasa.

Guan Eng harus menjadi jantan dengan menghadapi sendiri pertuduhan kes rasuah dirinya itu tanpa sebarang usaha untuk mengelak diri. Tak usah “divert” isu rasuah dengan serang Tuan Ibrahim, selesai dululah kes rasuah.

Mahkamah di London pun sudah mengesahkan bahawa tuduhan Sarawak Report adalah fitnah semata mata. Malah Claire Brown pun sedang terkial kial mencari bukti tuduhannya bahawa Malaysia mengamalkan rasuah.

Oleh itu, Guan Eng dan DAP tidak perlu menyibuk hal Tuan ibrahim dan 1MDB lagi. Tolonglah Claire Brown buktikan tuduhan itu atau bersihkan dulu diri sendiri dari tuduhan rasuah di mahkamah.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...