Perdana Menteri di Amerika Syarikat berjumpa Presiden Trump, pembangkang pula yang seperti "cacing kepanasan"

1. Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak selamat tiba di Washington D.C, Amerika Syarikat unutk mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald J Trump di White House. Walaupun pertemuan antara Perdana Menteri dan Presiden Donald J. Trump ini disambut baik oleh rakyat Malaysia, namun terdapat segelintir pihak yang nampaknya sakit hati dengan jemputan yang diberi oleh kerajaan Amerika Syarikat dan President Donald J. Trump kepada Perdana Menteri.

2. Seperti biasa, sebelum Perdana Menteri berlepas ke Amerika Syarikat dan bertemu dengan Presiden Donald J. Trump, pihak pembangkang sudah mula menabur fitnah dan berbohong kepada rakyat di negara ini. Umum ketahui bahawa Top Dog Pakatan Harapan, Dr. Mahathir Mohamad pernah mengeluarkan kenyataan bahawa konon nya Perdana Menteri berpontensi untuk ditangkap di luar negara kerana berdepan beberapa siasatan penggubahan wang yang dikaitkan dengan skandal 1MDB,

Rujukan : https://www.malaysiakini.com/news/312920

3. Ini akhirnya terbukti merupakan satu pembohongan yang besar dan berniat jahat untuk merosakkan reputasi Perdana Menteri dan juga kerajaan Malaysia. Apa yang kita lihat sekarang adalah pertama sekali Perdana Menteri dan delegasi kerajaan telah selamat tiba di Washington D.C, Amerika Syarikat. Perdana Menteri juga telah diberikan beberapa keistimewaan oleh kerajaan Amerika Syarikat terutamanya iringan polis (police escort), kawalan dari pasukan sekuriti elit Amerika Syarikat (Secret Service) dan juga kegunaan lapangan terbang tentera Andrews Joint Air Force Base.

4. Ini sekaligus membuktikan bahawa apa yang diperkatakan oleh pihak pembangkang konon nya bahawa Perdana Menteri akan ditangkap, “tidak berani” untuk ke Amerika Syarikat dan sebagainya hanya merupakan satu pembohongan dan fitnah jahat. Apa yang jelas adalah kerajaan Amerika Syarikat sangat menghargai kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak sehingga menjemput beliau ke White House untuk bertemu Presiden Donald J. Trump.

5. Bukan itu sahaja, malah Presiden Donald J Trump sendiri menyambut ketibaan Perdana Menteri di West Wing Lobby, White House. Ini menunjukkan hubungan akrab antara kedua pemimpin ini dan juga status Malaysia sebagai antara sebuah negara yang penting bagi Amerika Syarikat. Segala dakyah dan propaganda pembangkang bahawa Malaysia kini konon nya menjadi sebuah negara “kleptokrasi” dan ” a failed state” sudah boleh dibakul sampahkan.

6. Konklusinya, Malaysia dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak kini menjadi sebuah rakan akrab bagi negara kuasa  besar dunia seperti Amerika Syarikat dan China. Disamping ekonomi yang maju dengan kadar pertumbuhan yang amat memberangsangkan, Malaysia juga diberi kepercayaan untuk memainkan peranan dalam isu keselamatan dan keamanan sejagat seperti dalam isu Islamic State (ISIS), masalah Rohingya di Myammar dan pelbagai isu lain yang memerlukan penglibatan negara. Ini merupakan satu pengesahan dan pengiktirafan terhadap kerajaan dan kepimpinan Perdana Menteri oleh kerajaan Amerika Syarikat.

7. Persoalanya, kenapa pembangkang dan pemimpin mereka masih terus mengkritik kerajaan dan seperti cacing kepanasan bila Perdana Menteri dijemput ke Amerika Syarikat oleh Presiden Donald J. Trump?

8. Jawapan nya mudah. Pembangkang cemburu dengan segala kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan hasil usaha Perdana Menteri dan barisan kepimpinan negara. Selain itu, kejayaan kerajaan membuktikan bahawa segala tohmahan pembangkang terhadap kerajaan hanya merupakan satu fitnah dan bertujuan untuk memberikan persepsi yang buruk tentang kerajaan kepada rakyat demi kelangsungan politik pembangkang.

Terima Kasih

Kenyataan Media
Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...