Friday, June 21, 2024
26.6 C
Kuala Lumpur

Bazir Dana KWSP Tidak Betul, Jangan Cuba Pesong Fakta Mengenai Pelaburan Di Amerika Syarikat- pakdin.my

Tanggapan kononnya Malaysia membazir dana, terutama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional, di luar negara adalah tidak betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata, ada pihak yang cuba memesongkan fakta seolah-olah Malaysia menyumbang dana kepada Amerika Syarikat tanpa mendapat pulangan.

“Saya nak jelaskan, kerana orang yang ‘spinning’ seolah-olah kita pula nak ‘contribute’ dan tidak dapat apa-apa ‘in return´…(itu) tak betul.

“Sebab (contohnya) kita beli pesawat Boeing kerana kita nak jadikan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan yang kompetitif. Bila orang lain ada (pesawat) Dreamliner, kita pun kena ada,” katanya.

Najib bercakap kepada media Malaysia sebelum mengakhiri lawatan kerja tiga hari di sini Rabu, dengan fokus lawatan ialah pertemuan beliau dengan Presiden Donald Trump di Rumah Putih pada Selasa.

Menurut perdana menteri, langkah seperti itu adalah untuk melaksanakan transformasi terhadap syarikat penerbangan nasional itu.

Kata Najib, begitu juga apabila KWSP melabur di Amerika, mereka akan mendapat pulangan yang besar dan memberi dividen kepada pekerja di Malaysia.

“Justeru, ia bukan satu hala, mereka pesongkannya seolah-olah saya datang sini nak membeli pengaruh Amerika Syarikat. Ini satu lagi pemesongan yang sangat negatif yang tak betul sama sekali,” katanya.

Najib berkata, tujuan Malaysia melabur dalam syarikat-syarikat teknologi tinggi adalah supaya syarikat tersebut kelak menjadi milik Malaysia.

Melalui cara itulah, katanya, Malaysia akan mendapat lebih pendapatan pada masa akan datang.

Menurut Najib, Malaysia kini sudah menjadi negara pengeksport modal dan keadaannya adalah sama apabila Amerika Syarikat membuat pelaburan di Malaysia.

“Hakikat bahawa kita kini sudah menjadi pengeksport modal menunjukkan Malaysia merupakan negara yang berjaya,” katanya.

Menjelang lawatan tersebut, beberapa media, termasuk di Amerika Syarikat, cuba memberi publisiti buruk terhadap Najib dengan mengaitkan beliau dengan siasatan terhadap 1MDB.

Sebaliknya, menurut Najib, lawatannya berjalan lancar, lebih-lebih lagi sambutan mesra oleh Presiden Trump dan barisan penasihat kanannya.

“Dengan sambutan yang cukup baik oleh Presiden Trump, segalanya (tuduhan) meleset sama sekali dan tidak ada asas untuk diterima oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Berkaitan

Popular

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada Jumaat (14 Jun).

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.

Kerja pembinaan jambatan baharu Thailand-Malaysia di Sungai Golok akan dimulakan pada April 2025

Jambatan Berkembar, projek pembinaan besar-besaran di Rantau Panjang-Sungai Golok, dijangka bermula pada April 2025.

Jet Flydubai membuat pendaratan kecemasan di U-Tapao Thailand

Sebuah pesawat flydubai dari Dubai ke Filipina melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang U-Tapao di Rayong, Thailand pada awal pagi Sabtu 15 Jun 2024 selepas peralatan pendaratannya gagal digunakan.

Topik

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas tembakan

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kebakaran di pusat beli-belah SkyAvenue Resorts World Genting

Sebuah bangunan di Resorts World Genting di Genting Highlands terbakar petang 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.