Parti Pro Mahathir Makan Dana Dan Bantuan Orang Miskin - pakdin.my

Mungkin inilah lanun sebenar yang disebutkan oleh Ainina. Biarpun lanun itu tidak berada dalam PPBM namun, parti yang dikatakan makan dana orang miskin itu adalah penyokong kuat kepada Mahathir dan PPBM.
Semalam, tiga orang termasuk seorang Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) telah ditahan oleh SPRM untuk siasatan jenayah penyelewengan dana kerajaan yang bernilai kira-kira RM180 juta.
Pihak SPRM sudah mengesahkan bahawa mereka sudah menahan Peter Anthony, Naib Presiden Parti Warisan Sabah untuk siasatan di pejabat SPRM Sabah ketika hadir untuk memberikan keterangan.
Akaun Shafie juga turut disiasat kerana kes ini dipercayai berlaku dalam Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ketika Presiden Warisan ketika ini, Shafie Apdal menjadi Menterinya. Turut ditahan ialah seorang wanita berusia 40 tahun yang pernah bertugas di KKLW dan seorang ahli perniagaan di Sabah yang berusia 52 tahun.
Kalau sudah Naib Presiden ditahan, ada kemungkinankah Presidennya juga terlibat sekali? Dengar khabarnya, Shafie Afdal masuk ke hospital selepas mengetahui Naib Presidennya ditangkap. Shafie sebelum ini pernah berang dan mempersoalkan tujuan pihak tertentu mengaitkan beliau dalam isu penyelewengan itu hanya kerana dikatakan pernah mengetuai KKLW.
Tergamak parti yang pro-Mahathir makan dana dan peruntukan yang sudah dikhaskan untuk rakyat luar bandar yang kebanyakannya miskin dan berpendapatan rendah.
Walaupun parti Warisan ini tidak bersama-sama dalam Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan oleh Mahathir, tapi Mohd Shafie dikesan hadir dalam banyak majlis melibatkan PH khususnya PPBM. Pada awal penubuhan PPBM pun, Shafie hadir di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Semua pihak sudah tahu bahawa Mohd Shafie adalah proksi Mahathir di Sabah walaupun Warisan dilihat tidak bersama-sama dengan Mahathir dalam satu parti.
Warisan jelas simpati dengan perjuangan PH dan dilihat dalam diam akrab dengan DAP dan PKR sama-sama memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dulu, cerita berkenaan pembabitan Shafie Afdal sudah kedengaran melibatkan penyelewengan dana membabitkan bekalan air luar bandar dibawah KKLW. Banyak pihak mengatakan bahawa cerita itu bakal terbongkar tidak lama lagi dan semua masih tertunggu-tunggu akan kesudahan perkara ini.
PPBM ada skandal rasuah Mahathir kepada Lim Kit Siang sampai RM1 bilion semata mahu jadi Pengerusi Pakatan Harapan. Dalam PPBM ada skandal hubungan sulit isteri orang lain, iaitu Presidennya, Muhyiddin Yassin dengan isteri seorang hakim sampai bercerai-berai.
Syed Saddiq dengan cerita disko, Mukhriz dengan cerita Opcom yang dipertikai pemuda Armada sendiri dan Ainina dulu dengan cerita klimaks 4 kali. Di Sabah pula, cerita seleweng dana orang miskin sampai RM180 juta.
“Saya sedar, saya terpaksa membuat rakyat menyedari mengapa kita perlukan perubahan kerana ia bukan semata-mata mengenai perubahan kepimpinan, daripada ketua menteri kepada yang lain, daripada satu perdana menteri yang berbeza dan seterusnya. Ia adalah satu keperluan untuk membuat perubahan struktur dalam sistem, perubahan untuk kebaikan rakyat.” kata Shafie Afdal dalam satu ceramah di Penampang Sabah pada bulan April lepas.
Bermakna Shafie ada hati hendak ubah dan tukar Perdana Menteri dan Ketua Menteri. Kini rakyat Sabah sudah nampak apa yang parti Warisan telah lakukan terhadap dana orang miskin di Sabah. Kenapa dana orang miskin pun hendak diseleweng oleh orang orang parti pro Mahathir ini?
Jangan guna strategi ‘tidak tahu” sudahlah nanti. Penangkapan Naib Presiden Warisan ini bakal membuka mata rakyat Sabah. Siapa sebenarnya yang berlongok longok dalam parti Warisan itu sekarang?. Jika dalam PPBM, Ainina gelar mereka yang ada sebagai lanun, jika sapu duit orang miskin, apa pula gelaran yang sesuai untuk mereka?
UTAMAPOLITIKParti Pro Mahathir Makan Dana Dan Bantuan Orang Miskin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium